Jika hari ini aman
Esok belum tentu hidup dan mati
Jika hari ni berlaku peperangan
Esok, apakah yang terjadi???
Anak-anak kecil menangis sendiri
Kehilangan keluarga amat dirasai
Apa yang ada pada peperangan???
Kemusnahan! itukah yang dicari???
Kenapa negara kecil sering diserang?
Kenapa negara besar begitu bongkak menyerang??
Tak bolehkah hidup saling sayang menyanyang
Berkongsi kekayaan yang ada sekarang
Aku memang tidak merasai
Tapi aku ingin ambil peduli
Kerana apa yang terjadi kini
Akan melakar sesuatu jua nanti
Di Malaysia aku bersyukur sekali
Semua kaum hidup dengan harmoni
Tiada perselisihan sesama kami
Hidup sebagai satu keluarga disegani
No comments:
Post a Comment