Pages

Thursday, February 24, 2011

Bekerjaya


Semua orang akan merasai alam pekerjaan, begitu juga dengan aku...walau setinggi mana pun pelajaran yang kita pelajari namun andai belum dapat bekerja untuk menyara diri sendri itu sebenarnya adalah satu dugaan yang amat hebat...Akhirnya selepas 11kali aku ditemuduga aku juga berpeluang untuk mempunyai kerjaya aku sendiri...

Syukur aku pada Yang Esa
Kerana pintu rezekiku kini dibuka
Walau terpaksa berjauhan dengan keluarga
Demi mencari pengalaman aku gagahi juga

Ikut kilometer tidak jauh sebenarnya
Aku akan ke Sungai Petani bekerja
Keluargaku pula hanya di Pokok Sena
Aku hanya ingin bekerjaya

Gembira aku bila diberitahu aku diambil bekerja
Rasa nak melompat di situ jua
Tapi sebenarnya kalau kita terus berusaha
InsyaAllah pintu rezeki itu akan terbuka

Mungkin ada yang akan mengata
Baru dapat kerja dah riuh satu dunia
Tapi aku ingin berkongsi kegembiraan aku sahaja
Dengan semua saudara sedunia

Aku memang cukup gembira
Apatah lagi jadual pelajaranku tidak kan diganggu jua
Apa lagi hendak ku pinta
Mencari pengalaman objektif utama

Pada semua kalian di luar sana
Tambah-tambah yang masih belum bekerja
Janganlah mudah putus asa
Yakinkan diri terus berusaha

Ada juga pernah berkata
Tak ada kabel susah nak kerja
Namun bagiku kabel pada Allah Yang Maha Berkuasa
PadaNya kita memohon dan meminta

Aku pula mengharapkan doa kalian semua
Agar aku mula langkah dengan jaya
Alam pekerjaan yang pastinya mencabar minda
Memerah segala keringat yang ada

No comments:

Post a Comment