Ramai yang sedang leka
Ambil mudah solat mereka
Walau dalam sehari lima waktu sahaja
Tapi masih lalai mengerjakannya
Solat itu tiang agama
Yang harus kita semua jaga
Agar tiang itu sempurna
Supaya menjadi kekuatan kita
Solat itu mudah sebenarnya
Tidak kira di mana kita berada
Andai kita ikhlas menunaikannya
Tempat bukan alasannya
Masa tidak pernah mencemburui kita
Bila kita menunaikan solat seketika
Dalam sehari 24 jam juga
Solat lima tidak sampai sejam jua
Tidak perlu alasan diberi manusia
Insafi diri tenangkan jiwa
Dengan solat permudahkan cara
Dalam doa pintalah padaNya
Ada kisah semacam ku rasa
Hari ini solat besok lupa
Solat dibuat sekadar penuhi masa
Tidak benar-benar menghayatinya
Masjid tersergam indah rupa
Tiada guna andai tidak ada isinya
Cubalah guna sebaik-baiknya
Agar keberkatan diperoleh kita
Masjid bukan tempat solat sahaja
Disitu tempat ilmu dunia dan akhirat sana
Bersama kita penuhinya
Kita pelajari setiap incinya
Aku juga bukanlah sempurna
Ilmu agamaku tidaklah setinggi mana
Cuma saling mengingati antara kita
Dalam mencari keredhaanNya
No comments:
Post a Comment