Pages

Thursday, February 10, 2011

Teman Istimewa


Ku punya dua teman istimewa
Sedang aku hanya insan biasa
Tiada kasih juga harta
Ilmu pula tidak seberapa
Yang punya hanya jiwa raga
Berjuang mencari ilmu di dunia

Senyumannya manis tidak terkata
Bukan diriku bermadah pujangga
Dirinya benar-benar istimewa
Seorang teman bernama Liana

Waktu mula berkenalan ku rasa dia begitu sempurna
Dalam minda poyo ku gelarnya
Berkaca mata kacak orangnya
Dato' atau Ikhmal namanya

Jelingan manja prihatin juga
Disampingnya ku rasa begitu beharga
Memasak memang kegemarannya
Sedap masakan tidak terkata

Cergas bertindak juga bijaksana
Seorang jejaka begitu setia
Dalam berdikari membahagi masa
Dirinya terbaik di kelas jua

Tingkah lakunya menawan sesiapa
Umpama gadis melayu dari kayangan sana
Andai aku punya masalah juga
Dia sedia membantu sahaja

Dalam mencari ilmu dunia
Dirinya kan membimbing teman-teman sebaya
Tidak lupa ilmu di akhirat sana
Dirinya terbaik mampu digelar idola

Terima kasih pada kalian berdua
Pada Ikhmal juga Liana
Kerana kamu kekuatanku juga
Kerana kamu terlalu istimewa

No comments:

Post a Comment