Pages

Saturday, March 10, 2012

Enjit-Enjit Semut Ceritaku



Enjit-enjit semut Sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas

Umur 7 tahun aku masuk darjah satu
Dekat sekolah dulu aku suka duk depan pintu
Bila cikgu tanya aku jawab hanya satu
Diluar sekarang ibuku sedang tunggu

Cikgu tersenyum lalu kata kepadaku
Fifi budak laki kenalah tahu malu
Lepas pada itu, ibu tak lagi tunggu
Aku pula sekarang tak lagi depan pintu

Enjit-enjit semut Sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas

Sambung sekolah lagi
Aku masuk dekat Jabi
Semua otai-otai
Berkumpul dekat sini
Aku gembira pastinya senang hati
Sekolah yang dekat, aku pergi jalan kaki

Namun ku gerak pastinya awal pagi
Takut kena tahan dek pengawas berdedikasi
Sampai depan sekolah pagar tak buka lagi
Aku pun tunggu sambil tengok kanan kiri

Enjit-enjit semut Sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas

Ku sambung lagi
Kisahku di universiti
Bukan oversea bukan juga area sini
Hanya diploma di Sabah satu negeri
Aku diajar hormat menghormati

Banyak ku pelajari dari senior sendiri
Dari ilmu dunia hingga akhirat nanti
Aku pun tenang juga lapang sanubari
Walau tak balik raya, sedih hanya dalam diri

Kerna kami semua sepakat dan sehati
Budak tak balik raya openhouse kami nanti
Bukannya senang nak hidup makan free
Cuma yang datang hanya setahun sekali

Enjit-enjit semut Sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas

Kini ku kembali
Dekat Merbok ku berdiri
Aku sambung degree
Dengan budak otai lagi
Walau sedikit tapi tetap berkualiti
Walau banyak ragam kami tetap satu hati

Banyak yang ku kongsi
Dibawa hingga kini
Jadi kenangan yang ku pasti abadi
Bukan dalam frame tapi tetap dalam hati
Akan ku bawa hingga akhir hayat nanti
Terima kasih kerna maggi dan kopi
Menjadi teman setia waktu study

Enjit-enjit semut Sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas

Kini ku bekerja di ibukota
Tiada lagi study dan zaman suka-suka
Tapi kenangan mengajar erti bahagia
Dalam bekerja ku amalkan semua

Walau jarang kita bersua
Kenangan lalu akan ku abadi jua
Agar ketawa lekat diminda
Agar bahagia di bawa hingga tua

Terima kasih ku ucap pada semua
Yang mana kenal ku harap tak dilupa
Sampai masa kita ketemu jua
Kalau bukan tahun ini, tahun depan masih ada

Enjit-enjit semut Sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas

Friday, March 9, 2012

Tahniah Hafizi Dan Asma


Hari ini hari bahagia
Buat sahabatku Hafizi dan Asma
Moga kekal ke anak cucu jua
Andai ditakdirkan ke syurga sana

Warkah ini pengganti diri
Kerna tidak dapat menghadiri
Majlis kalian sebagai raja sehari
Kerna ada kerja disini

Tiada hadiah mampu ku berikan
Pada kalian berdua bakal di sandingan
Hanya butir-butir puisi tanpa segan
Yang mampu aku hadiahkan

Tenang rasa melihat teruna
Hati teruja melihat kalian bahagia
Moga terus terpancar sinar di mata
Dan kalian tersenyum gembira

Cinta kamu kini kan bersatu
Kasih yang dicurah kini melimpah
Akhirnya akan tiba juga waktu
Tunggulah perkataan keramat yakni "SAH"

Cinta yang telah bersemi
Kini terpatri seperti dijanji
Akhirnya ikatan suami & isteri
Menjadi bukti dan saksi

Cinta terukir sekian lama
Kisah cinta dari dulu hingga sekarang jua
Terus mekar bak kelopak bunga
Terus matang seiring usia

Atas persetujuan dua keluarga
Silaturrahim terus kukuh dibina
Ingatlah akan pancaroba
Agar menjadi pedoman di dunia

Lapang jua ku rasa
Melihat senyuman yang penuh bermakna
Terpancar kebahagiaan di wajah kamu berdua
Yang amat bermakna

Kasih yang suci dan murni
Akhirnya telah diberkati
Sungguh ianya istimewa sekali
Moga kalian senantiasa happy

Pasangan ini telah bersatu
Terjalin ukhwah yang direstu
Moga kekal ke anak cucu
Dan ceria selalu

Tiada hadiah sebaik doa
Dapat ku kirim pada kamu berdua
Agar terus gembira
Dan lebih ceria

Penyatuan kamu berdua
Antara Hafizi dan Asma
Moga kekal hingga akhirnya
Dan nikmati saat bahagia bersama

Maaf aku minta harap diizinkan
Kerna tak dapat bersama meraikan
Hari bahagia kamu sebagai rakan
Kerna masa tidak mengizinkan

Cukup ku rasa sampai disini
Tahniah dari ku bernama Hafifi
Tenangkan jiwa lapangkan sanubari
Itu saja dari aku, "SB"

Sunday, February 19, 2012

TERIMA KASIH PADA KAMU
 


Setahun telah berlalu
Genap sudah usia karyaku
Yang masih seperti budak baru
Yang belum mengerti dunia itu

Setahun telah berlalu
Ucapan terima kasih daripadaku
Kepada Faizal dan teman baru
Yang memberi aku satu dimensi baru

Setahun telah berlalu
Perkenalan dengan Hami suatu ketika dulu
Banyak yang aku pelajari dari kamu
Dalam dunia blog yang serba baru

Setahun telah berlalu
Tiada ungkapan paling beharga dariku
Hanya terima kasih pada kamu
Kerna sudi beri cadangan dan idea baru

Setahun telah berlalu
Masa itu begitu cemburu
Idea Faizal pada saat itu
Buatkan hatiku terbuka tika itu

Setahun telah berlalu
Hami ku anggap seperti guru
Banyak ku bertanya di awal usiaku
Untuk membangunkan sesuatu

Setahun kini berlalu
Namun saat itu masih dimindaku
Dalam erti kata perkongsian ilmu
Yang kini buatkan aku menulis selalu

__________

Terima kasih pada Hami dan Faizal atas dorongan padaku suatu ketika dahulu untuk menulis dalam blog, kini aku gembira kerna setiap idea dan luahan akan ku terus menulis dalam blog ini...

Tiada yang lebih istimewa atas hadiah yang kamu berdua beri, kini aku punya tempat meluahkan isi hati menerusi puisi....

Terima Kasih dari aku bernama Hafifi...

Andai Dirimu Mengerti


Andai dirimu mengerti
Kasih dibina ikatan sejati
Untuk dirimu sentiasa disisi
Ku terus berusaha cuba memenuhi

Andai dirimu mengerti
Langkahan ku setiap pagi
Cuba untuk mencari rezeki
Agar kita bersatu suatu hari nanti

Andai dirimu mengerti
Bukan pekerjaan yang ku kejari
Bukan pangkat yang cuba aku kecapi
Namun untuk mengumpul sedikit dari gaji
Untuk menabung bagi mengharungi
Saat bersamamu nanti

Andai dirimu mengerti
Betapa kamu idola diri
Seorang puteri yang ku sayangi
Tidak mungkin ku cari lagi

Andai dirimu mengerti
Kasih sayangku tidak berbelah bahagi
Hanya untukmu pemangkin diri
Untuk ku berjaya nanti

Andai dirimu mengerti
Betapa berpengaruhnya kamu dalam diri
Betapa dorongan denganmu kekutan diri
Pasti amat bermakna sekali

Andai dirimu mengerti
Hidup ini terus ku harungi
Biar susah ketika ini
Agar kesenangan bersama kita nanti

Andai dirimu mengerti
Luahan hati dariku bernama Hafifi
Bukan sekadar masa dipenuhi
Tersirat jua sejuta erti

Ketahuilah Sayangku


Ketahuilah
Saat aku mula mencintaimu
Tiada yang lebih istimewa
Ku harap ianya dalam restu
Agar kita terus bahagia

Ketahuilah
Dirimu bukan yang pertama
Namun dihatiku tidak dibahagi dua
Kini kekal untukmu sahaja
Mencintai kamu seorang wanita

Ketahuilah
Saat ini diukir terus dari jiwa
Tiada yang mustahil andai berusaha
Teruskanlah usaha hingga berjaya
Jangan sesekali gagal kerna cinta

Ketahuilah
Ku bukan lemparkan kemanisan gula
Tidak ku janji emas permata
Akan ku terimamu seadanya
Andai dirimu yang telah ditetapkan Yang Esa

Ketahuilah
Kasihku bukannya dusta
Impian cuba dibina
Dalam erti kata mahligai bersama
Agar kita meraih bahagia

Ketahuilah
Ku luahkan isi jiwa
Agar dirimu memahami ku jua
Kerna ku tidak sempurna
Cuma berusaha ke arah lebih baik juga

Ketahuilah
Tidak ku bersaksi langit dan bintang dunia
Tidak ku bersaksi untuk cinta kita
Namun akan ku bukti betapa dirimu istimewa
Namun akan ku saji betapa dirimu beharga

Ketahuilah
Wahai wanita penuh bermakna
Akan ku langkahi setiap ketika
Dengan rasa dirimu disampingku juga
Agar aku teruskan tekad ke arah jaya

Thursday, February 16, 2012

Selamat Hari Lahir Sahabat




Warkah ini pengganti diri
Maaf ku minta kerna lambat diberi
Untukmu sahabat teman sejati
Yang amat sukar untuk ku cari

Tiada hadiah yang istimewa
Dapat ku beri padamu
Tiada yang ternilai dengan harta
Betapa persahabatan ini kekal bersatu

Maaf kerna aku terlambat
Bukannya aku tidak mahu buat
Tapi masa buatkan aku tidak sempat
Untuk mengukir cerita ini sahabat

Selamat Hari lahir ku ucapkan
Moga panjang umur, rezeki dimurahkan
Diharap tahun ini dirimu dilimpahi kejayaan
Agar terus mendorongmu merintis kehidupan

Selamat hari lahir dariku
Hanya ungkapan pengganti diri
Harap sentiasa terukir senyuman darimu
Dan terus berjuang di medan ini

Selamat hari lahir yang ku beri
Ikhlas dariku bernama Hafifi digelar SB
Walau berjauhan kita kini
Namun kenangan lalu tetap ku fikiri

Persahabatan ini tidak ternilai
Bukannya kaca mahupun permata
Sabar dirimu tiada nilai
Kekuatan dirimu menjadi idola

Selamat hari lahir dari kota raya
Pengalaman bersama tetap dalam diri
Teguranmu dan ajaran tidak ku lupa
Terus ku melangkah memperbaiki diri

Selamat hari lahir untukmu sahaja
Kerna perkenalan denganmu amat beharga
Dari aku hanya seorang insan biasa
Cuba mengukir nama dalam bersahaja

Selamat hari lahir moga ceria
Ku harap bahagia disamping si dia
Akan ku doa kalian bersatu jua
Jika boleh tahun ini juga

Selamat hari lahir dari housematemu ini
Walau kini tidak lagi disisi
Teringat kenangan makan maggi
Teringat cerita pekena kopi

Selamat hari lahir dari classmatemu ini
Walau kini tiada assignment lagi
Cerita kita akan ku bawa hingga akhir nanti
Dalam pemikiran dan jua kenangan yang dilalui

Selamat hari lahir dari teman praktikal di RFC
Sudah banyak yang kita lalui dan berkongsi
Aku sukar mencari teman sebaikmu lagi
Kerna kamu satu dalam sejuta di bumi

Selamat hari lahir dari teman perjalanan
Setiap saat kita lalui untuk ke Shah Alam
Walau jauh, penat dan terasa bosan
Hingga kadang disana kita bermalam

Selamat hari lahir untukmu
Moga warkah ini menghiburkan kamu
Walau kita tidak lagi ketemu
Teknologi ku guna menghadiahkan sesuatu

Kerinduan Pada Teman-Teman



Kerinduan
Kini perasaan ini ku rasakan
Pada setiap insan
Yang dahulunya menzahirkan kegembiraan
Yang dahulunya menghilangkan keresahan

Kerinduan
Kini perasaan ini ku luahkan
Pada setiap bergelar insan
Yang pernah memberi ketenangan
Yang pernah berkongsi penderitaan

Kerinduan
Kini perasaan ini ku kongsikan
Pada setiap perkongsian
Yang ada sepanjang perjalanan
Tak pernah luput ditelan zaman

Kerinduan
Pada sahabat juga teman-teman
Yang terus membantu tika diperlukan
Terus memberi setiap sumber kehidupan
Untuk aku meneruskan kehidupan

Kerinduan
Pada setiap ajaran
Yang pernah diberi dalam pembelajaran
Di UiTM Sabah dan Kedah menjadi kenangan
Hingga kini masih ku rasakan

Kerinduan
Saat paling beharga bersama teman-teman
Berkongsi cerita di alam pekerjaan
Mana mungkin aku lupakan
Kisah dikongsi sebagai ikatan

Kerinduan
Ini tidak mungkin lupus ditelan
Kerna berkongsi setiap pengalaman
Yang mematangkan fikiran
Dalam menjadi seorang insan