Pages

Thursday, February 16, 2012

Selamat Hari Lahir Sahabat




Warkah ini pengganti diri
Maaf ku minta kerna lambat diberi
Untukmu sahabat teman sejati
Yang amat sukar untuk ku cari

Tiada hadiah yang istimewa
Dapat ku beri padamu
Tiada yang ternilai dengan harta
Betapa persahabatan ini kekal bersatu

Maaf kerna aku terlambat
Bukannya aku tidak mahu buat
Tapi masa buatkan aku tidak sempat
Untuk mengukir cerita ini sahabat

Selamat Hari lahir ku ucapkan
Moga panjang umur, rezeki dimurahkan
Diharap tahun ini dirimu dilimpahi kejayaan
Agar terus mendorongmu merintis kehidupan

Selamat hari lahir dariku
Hanya ungkapan pengganti diri
Harap sentiasa terukir senyuman darimu
Dan terus berjuang di medan ini

Selamat hari lahir yang ku beri
Ikhlas dariku bernama Hafifi digelar SB
Walau berjauhan kita kini
Namun kenangan lalu tetap ku fikiri

Persahabatan ini tidak ternilai
Bukannya kaca mahupun permata
Sabar dirimu tiada nilai
Kekuatan dirimu menjadi idola

Selamat hari lahir dari kota raya
Pengalaman bersama tetap dalam diri
Teguranmu dan ajaran tidak ku lupa
Terus ku melangkah memperbaiki diri

Selamat hari lahir untukmu sahaja
Kerna perkenalan denganmu amat beharga
Dari aku hanya seorang insan biasa
Cuba mengukir nama dalam bersahaja

Selamat hari lahir moga ceria
Ku harap bahagia disamping si dia
Akan ku doa kalian bersatu jua
Jika boleh tahun ini juga

Selamat hari lahir dari housematemu ini
Walau kini tidak lagi disisi
Teringat kenangan makan maggi
Teringat cerita pekena kopi

Selamat hari lahir dari classmatemu ini
Walau kini tiada assignment lagi
Cerita kita akan ku bawa hingga akhir nanti
Dalam pemikiran dan jua kenangan yang dilalui

Selamat hari lahir dari teman praktikal di RFC
Sudah banyak yang kita lalui dan berkongsi
Aku sukar mencari teman sebaikmu lagi
Kerna kamu satu dalam sejuta di bumi

Selamat hari lahir dari teman perjalanan
Setiap saat kita lalui untuk ke Shah Alam
Walau jauh, penat dan terasa bosan
Hingga kadang disana kita bermalam

Selamat hari lahir untukmu
Moga warkah ini menghiburkan kamu
Walau kita tidak lagi ketemu
Teknologi ku guna menghadiahkan sesuatu

No comments:

Post a Comment