Pages

Sunday, February 19, 2012

Ketahuilah Sayangku


Ketahuilah
Saat aku mula mencintaimu
Tiada yang lebih istimewa
Ku harap ianya dalam restu
Agar kita terus bahagia

Ketahuilah
Dirimu bukan yang pertama
Namun dihatiku tidak dibahagi dua
Kini kekal untukmu sahaja
Mencintai kamu seorang wanita

Ketahuilah
Saat ini diukir terus dari jiwa
Tiada yang mustahil andai berusaha
Teruskanlah usaha hingga berjaya
Jangan sesekali gagal kerna cinta

Ketahuilah
Ku bukan lemparkan kemanisan gula
Tidak ku janji emas permata
Akan ku terimamu seadanya
Andai dirimu yang telah ditetapkan Yang Esa

Ketahuilah
Kasihku bukannya dusta
Impian cuba dibina
Dalam erti kata mahligai bersama
Agar kita meraih bahagia

Ketahuilah
Ku luahkan isi jiwa
Agar dirimu memahami ku jua
Kerna ku tidak sempurna
Cuma berusaha ke arah lebih baik juga

Ketahuilah
Tidak ku bersaksi langit dan bintang dunia
Tidak ku bersaksi untuk cinta kita
Namun akan ku bukti betapa dirimu istimewa
Namun akan ku saji betapa dirimu beharga

Ketahuilah
Wahai wanita penuh bermakna
Akan ku langkahi setiap ketika
Dengan rasa dirimu disampingku juga
Agar aku teruskan tekad ke arah jaya

No comments:

Post a Comment