Pada tarikh ini 24tahun lalu (1987) dikala senja hari telah lahir seorang bayi lelaki. Bayi lelaki yang sihat tubuh badan dan sempurna telah dilahirkan di Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu. Bayi lelaki ini adalah cahaya mata pertama buat pasangan Murad dan Norhayati. Bayi ini telah diberi nama Mohd Hafifi. Perjalanan hidup bayi lelaki ini yang ingin dikongsi, pada mereka yang sudi....
Kini sudah 24tahun berlalu
Usia dan masa begitu cemburu
Tiada lagi yang tersipu malu
Hanya warkah menceritakan perihal daku
Banyak sudah suka dan gembira
Tawa riang dikongsi bersama
Memberi senyuman amat bermakna
Pada mereka begelar keluarga
Ada juga tawa air mata
Yang pasti mengiringi kita
Tidak kan lari dibawa masa
Tiada lagi luka di jiwa
Teringat aku kembali
Zaman aku sebelum ini
Membuat aku tersenyum sendiri
Banyak kenangan yang tak dapat dikongsi
Terkenang daku lagi
Pada tempat yang pernah aku lawati
Sungguh aku begitu "happy"
Perjalanan ini dapat ku teruskan lagi
Rakan dan teman sering disisi
Umpama maggi bukan perisa kari
Susah senang sama dihadapi
Terima kasih kerna terus berkongsi
24tahun bukannya begitu lama
Terima kasih ku ucapkan pada ibu dan bapa
Kerna menyokong aku sekian lama
Kerna terus memberiku inspirasi jua
24tahun begitu istimewa
Pada cikgu, pensyarah dan trainer berwibawa
Terima kasih atas ilmu yang beharga
Untuk aku terus menapak di dunia
24tahun amatlah bermakna
Tiada kasih seistimewa wanita
Namun kenangan lalu buatku tabah jiwa
Menjadi seorang lelaki di dunia
24tahun tiada nilainya
Tak mampu diganti emas permata
Pada teman dan rakan ku semua
Terima kasih ku ucapkan jua
24tahun jatuh bangun sudah biasa
Umpama berdiri dan duduk juga
Namun tidak perlu kenal erti putus asa
Hanya kenali lah manusia "KHALIFAH" di dunia
24tahun kini usiaku
Tahun hadapan belum pasti ketemu
Namun ku harap semua perbuatan di dalam restu
Andai terkasar dan terluka, MAAF PINTAKU....
Saturday, November 26, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Pelangi
Tajuk juga nukilan ini
Diberi oleh temanku sendiri
Terima kasih kerna sudi
Menulis mengarang puisi
Untuk dibaca dan dikongsi
Dengan teman-teman sejati
Ikutilah puisi ini
Penuh makna tersembunyi
Agar kalian terhibur nanti
Dan senantiasa happy.....
Sungguh indah pelangi itu
Dikala hujan berlalu
Aku masih di terus dimuka pintu
Merenung kembali kisah yang lalu
Tiba-tiba pelangi itu hilang dari pandangan
Tatkala aku masih senyum sendirian
Pelangi itu pergi tatkala masih punya harapan
Meninggalkan diriku dalam kesepian
Esok aku terus menanti
Hujan yang turun langsung tidak berhenti
Aku dipintu terus memerhati
Adakah akan muncul kembali pelangi
Ku lihat di depan sana
Pelangi yang dinanti muncul semula
Terukir dariku senyuman bermakna
Kerna pelangi hadir dengan ceria
Dilema Ini
Tika ini aku keliru
Tika ini aku tidak tahu
Walaupun seakan ada sesuatu
Di benak fikiranku
Namun aku celaru
Entah apa yang telah berlaku
Apa yang pasti, ada satu rasa rindu
Apa yang pasti, teringat senyuman darimu
Apa yang pasti, keayuan wajahmu
Tidak mungkin ku lupa saat disampingmu
Dari awal kita bertemu
Hingga kini dirimu tetap satu
Dilema ini ku rasai dalam jiwaku
Sama ada ingin menunggu
Atau mencari penggantimu
Aku tidak tahu
Kerna dirimu masih ku rindu
Kerna sayangku hanya padamu
Kerna cintaku hanya untukmu
Kerna tiada wanita setanding dirimu
Aku kini mengerti
Cinta ini indah andai bersatu
Aku kini fahami
Kita tidak mungkin kan bersatu
Walaupun masih dalam dilema
Jiwa terus celaru cuba memberonta
Cinta tidak mungkin dipaksa
Cinta tak semestinya bersama
Ku harap dirimu bahagia
Melalui setiap saat dan ketika
Walaupun dalam dilema
Dengan apa yang ku rasa di jiwa
Kerna harapanku dirimu masih di singgahsana
Dan kita terus bahagia
Namun diriku rela
Walaupun dalam erti kata "terpaksa"...
Sayonara
Tika bersama ditempuh gembira
Tika bersama diharungi lautan membara
Tika bersama tiada duka
Ombak yang datang kita renangi jua
Halangan tidak mematahkan jiwa
Kerna dirimu yang terus menabur jasa
Setiap amanat terus diberi
Setiap saat pedoman di sanubari
Agar kami berjaya berdiri
Sebagai seorang yang berjaya nanti
Masa begitu iri
Saat bahagia dan selesa
Kerna itu dirimu terpaksa pergi
Untuk terus menabur bakti
Namun tunjuk ajar yang kamu beri
Akan terus kekal setiap hari
Akan kami bawa ke "floor" nanti
Agar kami terus mengibarkan panji
Kami dididik setiap erti
Agar langkah diatur baik sekali
Dari "softskill" ke pelbagai sistem diajari
Untuk kami mula menabur bakti
Terima kasih tidak terperi
Kerna sanggup menyusahkan diri
Menahan sabar dan terus memberi
Walaupun kami semua "baik" sekali
Terima kasih kerna mengajar kami
Dari bertatih, berjalan jua berlari
Setiap langkah akan kami awasi
Untuk imejmu Encik Najib Ghani
Adat pertemuan berlaku perpisahan
Adat dunia tawa air mata tangisan
Yang perlu kita teruskan perjuangan
Pada dirimu, "sayonara" kami ucapkan
Bukan Sifatku
Antara kita kini tiada lagi
Musnah sudah segala janji
Hancur berkecai satu mahligai
Hilang tiada seri
Sudah lama kita bersama
Mengharung suka dan duka
Namun dirimu tetap serupa
Tidak mengendahkan segala bicara
Bukan aku cuba mengubahmu
Bukan aku cuba mengatur hidupmu
Bukan aku cuba mengongkong kamu
Namun aku cuba mendorongmu
Namun aku cuba membimbingmu
Agar kita terus bersama dalam "restu"
Itu bukan sifatku
Untuk memarahi dirimu
Untuk meninggi suara di hadapanmu
Untuk menipu kamu, sayangku
Namun aku terpaksa begitu
Agar kita kukuh bersatu
Agar lebih memahami hukum alam, sayangku
Kini dalam terpaksa
Aku perlu redha
Mungkin disini pertemuan kita
Hingga kini sahaja jalinan dibina
Kini dalam kecewa
Aku kuatkan juga
Agar dirimu tahu erti muhasabah cinta
Agar istana dibina direstuiNya
Bukan aku tak cinta
Namun ku tuntut perubahan kita berdua
Agar saling memahami untuk bersama
Bukan aku mengalah setiap kali berlaku sengketa
Mengertilah sayangku
Aku juga rindu
Namun ini untuk kebaikan kau dan aku
Untuk berpisah dan lebih mengenali sifatku
Friday, November 18, 2011
Selamat Hari Lahir En Najib
Tiada hadiah mahal mampu ku beri
Kerna sekarang belum lagi gaji
Tiada kata istimewa dapat ku bagi
Hanya pantun untuk En. Najib Ghani
Selamat hari lahir dari SB
Ikut serta Batch 226B
Moga panjang umur murah rezeki
Dan ceria selalu setiap hari
Banyak ragam bila bicara
Tika senyum terpikat wanita
En Najib disegani semua
Tak percaya? tanyalah mereka
Dalam ketawa serius juga
Dalam memandang tersemat makna
Hanya fatal yang dirisaukannya
Untuk budak 226B juga
Aksi di tiang gagal ditiru
Dalam diam gambar ditangkap satu persatu
Boleh lah digelar sifu
Mengambil gambar acara nombor satu
Belum aku cerita lagi
Hebatnya En Najib sebagai trainer kami
Ini tak masuk soal peribadi
Just nak semua happy
Pandai berenang tiada tandingan
Andai bertanding, habis santapan
Tak dapat rasanya nak cari makan
Kerna En Najib hebat kuakan
Ayat paling menggerunkan aku
Rasanya satu kelas juga berbulu
"mailah duduk di sini dulu"
Untuk aksi roleplay dahulu
En Najib masih muda
Katanya, "baru 18tahun sahaja"
Memang nampak dirinya tidak dimamah usia
Boleh kongsikan apa rahsia???
Bukan aku nak membodek pula
Aku tidak pandai menabur gula
Untuk trainer kami yang berwibawa
Harus dipuji atas kemahirannya
Mana ada yang tipu dusta
Semuanya benar betul belaka
Kalau tak percaya tanyalah semua
Budak 226B yang paling istimewa
Untuk En Najib selamat menambah usia
Tahun ini baru "19" sahaja
Moga terus happy dan ceria
Janganlah lupakan kami semua
Cukuplah itu sampai disini
Tak ada pula idea semua dah lari
Good luck untuk next week semua
Tahniah Ayub & Irma
Akhirnya bermula langkah pertama
Percintaan kamu diikat jua
Tahniah dari aku dan keluarga
Atas pertunangan Ayub & Irma
Kasih yang telah dibina
Atas impian mahligai cinta
Moga kalian bahagia
Di atas singgahsana
Cinta terukir sekian lama
Kisah cinta dari zaman diploma
Terus mekar bak kelopak bunga
Terus matang seiring usia
Atas persetujuan dua keluarga
Silaturrahim terus kukuh dibina
Ingatlah akan pancaroba
Agar menjadi pedoman di dunia
Tiada hadiah sebaik doa
Dapat ku kirim pada kamu berdua
Agar terus gembira
Dan lebih ceria
Penyatuan kamu berdua
Antara Ayub dan Irma
Moga kekal hingga akhirnya
Dan nikmati saat bahagia bersama
Cukup ku rasa sampai disini
Tahniah dari ku bernama Hafifi
Tenangkan jiwa lapangkan sanubari
Itu saja dari aku, "SB"
Akan bersambung sekali lagi
Bila kamu berkahwin nanti....
Subscribe to:
Posts (Atom)
