Pages

Tuesday, November 22, 2011

Sayonara



Tika bersama ditempuh gembira
Tika bersama diharungi lautan membara
Tika bersama tiada duka
Ombak yang datang kita renangi jua
Halangan tidak mematahkan jiwa
Kerna dirimu yang terus menabur jasa

Setiap amanat terus diberi
Setiap saat pedoman di sanubari
Agar kami berjaya berdiri
Sebagai seorang yang berjaya nanti

Masa begitu iri
Saat bahagia dan selesa
Kerna itu dirimu terpaksa pergi
Untuk terus menabur bakti

Namun tunjuk ajar yang kamu beri
Akan terus kekal setiap hari
Akan kami bawa ke "floor" nanti
Agar kami terus mengibarkan panji

Kami dididik setiap erti
Agar langkah diatur baik sekali
Dari "softskill" ke pelbagai sistem diajari
Untuk kami mula menabur bakti

Terima kasih tidak terperi
Kerna sanggup menyusahkan diri
Menahan sabar dan terus memberi
Walaupun kami semua "baik" sekali

Terima kasih kerna mengajar kami
Dari bertatih, berjalan jua berlari
Setiap langkah akan kami awasi
Untuk imejmu Encik Najib Ghani

Adat pertemuan berlaku perpisahan
Adat dunia tawa air mata tangisan
Yang perlu kita teruskan perjuangan
Pada dirimu, "sayonara" kami ucapkan

No comments:

Post a Comment