Pages

Sunday, October 2, 2011

Wanita Yang Istimewa (Batch 226B Softskill)


Ini kisah dari jejaka
Untuk para wanita di kelas pula
Yang semuanya ceria sahaja
Dengan gelak ketawa pelbagai gaya

Tiada dusta dari teruna
Bila bibir mulakan bicara
Wanita yang istimewa
Bagiku tajuk yang cukup sempurna

Tiada gadis sepertimu
Wahai Asma kau yang satu
Sungguh kami tak menipu
Suaramu bak buluh perindu

Andai Yati tak percaya
Kami semua bujang belaka
Senyuman darimu amat bermakna
Buat kami tak tidur lena

Bertutur hanya bila perlu
Senyuman diukir manis selalu
Oh Naniey kau yang satu
Tiada lagi penggantimu

Lembut bicara bak sutera
Tutur kata tersusun rapi
Wahai cik Nadia apa rahsia
Agar hidup ceria happy

Orang peramah sukar dicari
Tambah pula dizaman teknologi
Nasib ada Fieyra di kelas ini
Tidaklah kelas begitu sepi

Jelingan matanya mendalam sahaja
Bagai merobek benteng istana
Siapa tidak kenal si Diana
Sungguh menawan berkaca mata

Semangat dirinya Srikandi negara
Langkah diatur memantapkan jasa
Nurul Ain diberi nama
Seorang yang berhati waja

Ayu diri bila melangkah
Membuat jejaka serba salah
Empunya diri bernama Jannah
Seorang yang pemurah

Ini pula begitu sepi
Bujang kehairanan bila dia sendiri
Lebih pada suka berdikari
Marina seorang yang bercita-cita tinggi

Pendiam dirinya tak banyak bicara
Seorang yang tekun berusaha
Wanita dimaksudkan bernama Eka
Tiada istilah erti putus asa

Itu sahaja wanita kelas kami
Semua ceria selalu happy
Macam kerenah menambat hati
Pelbagai ragam menawan sanubari

No comments:

Post a Comment