Pages

Wednesday, October 5, 2011

Trainer Berwibawa Batch 226 Berjaya

Salam diatur pembuka kata
Oleh SB insan biasa
Bicara dimula berpujangga
Biar hujan menitis ke dunia


Dalam ketawa juga gembira
Softskill latihan minggu pertama
Dengan Sir Fahmi kami berjumpa
Kelas yang penuh gemilangnya


Setiap ajaran cuba diingati
Setiap latihan cuba diperinci
Kenangan Sir Fahmi tetap di sanubari
Dalam meniti hari-hari menanti


Di Semua House kita bertemu
Suka duka cerita dikongsi bersama
Ajaran diberi pedoman bagi diriku
Untuk terus berusaha


Minggu kedua berpindah sudah
Kenangan dihati walau terpisah
Bertemu berpisah sudah lumrah
Yang terjadi ada hikmah


Bertemu pula En Najib trainer kedua
Seorang yang terlalu ceria
Ajaran terus diberi dengan bersahaja
Agar masuk ke minda pelajarnya


Ilmu terus lagi diperinci
Dari produk ke hal sistem2 diberi
Banyak yang telah diperolehi
Ramai juga yang belum dipelajari


Dalam kelas banyak ragamnya
Maklum ajala semuanya muda
Terima kasih pada En Najib juga
Yang sporting melayan sahaja


Trainer berdua amatlah berwibawa
Sikap professional mereka berdua direspect kami semua
Terus perjuangan tanpa putus asa
Kekuatan dibina dari minda

No comments:

Post a Comment