Pages

Tuesday, October 4, 2011

Perlukah Perancangan Andai Memusnahkan Harapan

Dari kecil kita diajarkan
Diberi didikan penuh kegembiraan
Dengan menjinjing sejuta harapan
Agar berjaya dalam kehidupan


Hingga kini harapan terus dibina
Bagai mengganti yang sebelumnya
Musnah harapan tidak terkira
Oleh akal dan minda


Untuk renungan kita bersama
Harapan dibina ada perancangannya
Perancangan rapi tiada salahnya
Hancur berkecai jiwa merana


Bagi diriku insan biasa
Tiada perlu perancangan jua
Kerna kita adalah hamba di dunia
Teruskan berbakti pada Yang Esa


Tiada rancangan tiadalah harapan
Ikuti sahaja setiap pergerakan
Kehidupan ini tetap diteruskan
Tiada lagi satu bebanan


Musnah harapan mengalir air mata
Akan ada yang kecewa
Tidak kurang menyalahkan sesama manusia
Yang ada disekitar mereka


Peganganku tetap tidak berubah
Tak perlu perancangan masa hadapan
Kerna perancangan harapan kan musnah
Punahlah juga satu impian


Azamku terus berjuang hingga rebah
Jatuh bangunku akan ditempuh dengan tabah
Prinsipku tidak pernah goyah
"Terus berjuang langit kan berubah"
Kerna ku yakin akan ada hikmah
Setiap kejadian ditentukan Allah

No comments:

Post a Comment