Pages

Tuesday, October 4, 2011

Cuaca atau jiwa jua

Bila cuaca sejuk bahagia
Mata mengantuk ajak dilena
Dalam kelas lali sahaja
Adakah ilmu masuk ke minda


Risau aku takut mendengar saja
Takut nanti bakal dilupa
Layan jiwa dan juga mata
Sambil memerhati kiri dan kanan jua


Hati tenang mula berbunga
Bagai bidadari turun ke dunia
Tiada seindah ini dirasa
Melayan hati ke singgahsana


Bila menguap mula berkuasa
Fikiran berpusing mencari jalannya
Jalan yang tidak nyata
Namun lebih ceria


Sungguh aku menahan saja
Agar diriku tidak lena
Dibuai mimpi entah ke mana
Akhirnya tidak kembali ke nyata

No comments:

Post a Comment