Pages

Saturday, July 23, 2011

Usah Berduka, Ngauman kan menjelma

Kita pulihkan bersama
Semangat Harimau Malaya
Kita teruskan usaha
Demi negara tercinta

Tewas bukan bererti putus asa
Kalah bukan untuk selamanya
Tekadkan nada sekatakan usaha
Pasti akan berjaya

Jangan menuding jari sahaja
Pemain yang ada terbaik Malaysia
Bukannya salah bahagian mana
Kembali bangkit mengaum di singgahsana

Kepada penyokong teruslah kita bersama
Menjadi pemain ke-12 negara
Jangan kritik penuh bernada
Tapi tiada makna

Buktikan kejituan kita
Di belakang pemain negara
Agar pemain teruskan usaha
Supaya kita kembali gah di rantau benua

Aku hanya peminat biasa
Mengkritik tidak kan ada penghujungnya
Semoga jurulatih dan pemain berjaya
28 Julai tarikh kebangkitan Harimau Malaya

No comments:

Post a Comment