Pages

Monday, July 25, 2011

Ratapanku



Kasih diberi bukannya dusta
Dirimu kini masih ku cinta
Sayang ku ungkap bukan sekadar bicara
Ia lahir dari jiwa


Kisah cinta kita
Tidak pernah aku lupa
Walau cuba dilarikan masa
Akan ku cuba pertahankannya


Biar masa terus berlalu
Biar rasa terus begitu
Namun perasaan rindu
Bukan satu perkara untuk ditipu


Kita terus membawa haluan
Tidak lagi berhubungan
Namun kasih jua impian
Tidak pernah aku lupakan


Kita telah tidak sejalan
Tidak mampu jalan seiringan
Namun cinta juga persahabatan
Mana mungkin aku lupakan


Pelbagai cara aku lakukan
Untuk hilangkan dirimu dari perhatian
Namun kamu masih dalam pemikiran
Yang hingga kini aku cintakan....

No comments:

Post a Comment