Pages

Sunday, July 10, 2011

Kerana Mata



Mata dicipta untuk kita setiap manusia..untuk melihat keindahan alam semesta..ada juga insan tidak dapat melihat dengan pandangan mata namun melihatnya degan mata hati...Seringkali kita sering mendengar tentang mata...Kebanyakannya pasti tentang cinta...Pabila terpandang seseorang yang menambat hati, tiba-tiba kita kan tersenyum sendiri...Kerna mata juga kita dapat melihat pujaan hati, terus menusuk ke sanubari...Begitu banyak kegunaan mata, namun dalam cerita kita, mata hanya kisah cinta...Ingin ku alihkan pandangan semua, mata bukan melihat cinta sahaja...cinta juga tidak buta kerana mata...

Bagi aku, mata satu anugerah Illahi yang tidak terperi, kerna mata ini ku dapat melihat dari kecil lagi...Mata yang ku ada ini sudah banyak yang ia lalui...Dengan mata ku kenali abjad huruf dan nombor dipapan hitam suatu ketika dahulu... Dengan mata ku dapat mengeja, membaca dan mengenali tentang ilmu dunia...Mata yang bersamaku dari ku kecil hingga dewasa...Mata ini terus tidak jemu untuk terus membaca dan melihat ilmu-ilmu baru...Dengan mata ku kenali sahabat juga teman sekeliling, kerna mata ku kenali wajah-wajah riang disisi...Juga kerana mata, aku dapat melihat keindahan dunia ini...Aku dapat melihat bentuk muka buminya, perbezaan sikap manusia dan sebagainya...Tidak ku sangka, dengan mata ini...aku berlari mengejar masa, cuba mngejar arus dunia, mata yang terlalu istimewa pasti tidak akan ada pengganti...mata satu anugerah untuk diri aku bernama Hafifi...

Bukan aku tidak mahu berkongsi pasal mata dan cinta, namun bagiku mata dan cinta hanya suatu perkara...memang bukan biasa, namun ada lagi yang lebih sempurna dilihat mata dari cinta...Kerna mata, ku lihat pengorbanan ibu bapaku, susah senang mereka cuba mendidik aku mengenal dunia, kerna mata ku terlihat riak wajah ibu bapaku yang letih dan penat bekerja namun cuba untuk menyembunyikan pandangan itu daripada mataku ini...Kerna mata ku terkenang jasa guru jua pensyarah aku yang cukup sempurna, mendidik, mengajarku bukan pada ilmu semata namun juga perihal dunia...Mata ini begitu berjasa hingga tidak ternilai dibandingkan dengan harta...

Dari mata ini juga ku lihat penderitaan, kesengsaraan, juga pembunuhan yang berlaku terhadap saudara-saudara seagama dengan ku yang berjuang mempertahankan tanah air mereka...Saudaraku di Gaza, dengan mata ini ku lihat perjuangan mereka yang tiada penghujungnya...Keyakinan mereka untuk mengenal erti merdeka buatkan aku aku tanamkan iltizam memepertahankan kemerdekaan negeraku... Kecekalan mereka terus mengangkat senjata tidak kira apa pun yang menentang mereka buatkan aku tanamkan impian terus mengejar ilmu walau apa pun yang berlaku...Semoga kamu di sana mendapat apa yang kamu inginkan saudara-saudaraku...

Syukur padaMu Yang Esa, atas kurniaan pancaindera pada hambaMu ini, aku dapat melihat dan merasa susah mahupun senang, derita atau bahgia jua perjuangan yang tidka mengenal erti putus asa...

Kerna mata yang sungguh istimewa
Buatkan aku lebih bersyukur menikmati masa dunia
Kerna mata yang tiada bandingannya
Buat aku lebih menghargai mata....

Kerna Mata

No comments:

Post a Comment