Pages

Thursday, July 14, 2011

Pantun Adat Kita


Kita punya adat budaya
Puisi pantun penuh gemilang jua
Bersama kita menjaga
Serta terus memartabatkan di persada dunia

Dalam banyak adat dijaga
Bagiku pantun begitu istimewa
Ianya dapat menyampaikan berita
Meluahkan suka dan duka

Ada pepatah melayu lama
Yang bagiku seperti tidak kena
Biar mati anak bangsa
Agar terjaga adat budaya

Bagiku seorang anak muda
Napa perlu korban nyawa
Tidak kan hilang adat budaya
Tidak juga dimamah usia

Pantun tetap diedarkan masa
Dari adat kita pelbagaikan cara
Mula masuk dengan seloka
Keluar dengan gurau senda

Ini pegangan diriku sahaja
Bukan menolak pepatah lama
Biar hidup anak bangsa
Agar adat budaya terus dibela

Asal tidak lari dengan cara
Asal tidak bertentang dengan agama
Pantun puisi serta seloka
Akan terus diwarisi belia

Belakang parang jika diasah tajam jua
Perwira terbilang bukan pada senjata
Marilah kita terus mempelajarinya
Adat budaya warisan negara...

No comments:

Post a Comment