Pages

Wednesday, July 6, 2011

Impian Dan Harapan Mampu dibina

Harapan juga impian adalah satu perkara yang ingin digapai oleh setiap insan di bumi yang luas ini. Harapan juga impianlah yang membuatkan seseorang mencuba, berusaha untuk cuba mencapainya tanpa mengira berapa banyak harta yang dikeluarkan, berapa lama masa yang telah dibiarkan berlalu pergi...kerna harapan dan impian yang ingin digapai itu tidak ternilai dan begitu istimewa...Namun andai harapan jua impian itu musnah, mampukah ia dibina kembali??? Andai harapan juga impian itu hilang, mampukah ianya diganti lagi???

Dulu, dikala kecil aku ingin menggapai semuanya...impian ingin menjadi seorang guru, mengajar seperti ibuku...mendidik anak-anak bangsaku ke arah yang lebih baik... Menjadi warga pendidik memang impian jua harapanku ketika itu...Setiap kali melihat guru-guru sedang mengajar, aku terfikir, "mungkinkah suatu hari nanti aku akan berada di depan pelajarku jua?"... Impian itu tidak pernah pudar hingga kini, walaupun ku tidak dapat masuk ke maktab perguruan, tidak dapat menyambung pelajaranku dalam bidang perguruan, impian dan iltizam itu ku teruskan jua dengan cuba menggapai yang lebih tinggi, menjadi seorang pensyarah suatu hari nanti... Aku terus berusaha ke arah itu kini, begitu banyak cabaran yang perlu ku hadapi, aku memang pernah tersungkur beberapa kali...namun ku kembali berdiri, demi mengejar impianku dikala kecil yang telah berubah destinasi...Tanpa aku sedari, sebenarnya secara tidak langsung, aku telah menjadi pendidik, membimbing adik-adik ku dalam kelas mentor mentee, menunjuk ajar adik-adik ku supaya terus mengejar ilmu ini...
"Impian juga harapan mampu dibina kembali dengan merujuk semula kepada realiti..."

Dulu, tika aku kecil, ku tanamkan impian ingin melihat dan kembali ke negeri kelahiranku, negeri Sabah di bawah bayu...Ingin aku melihat tempat aku membesar hingga usiaku lima tahun...impianku ingin melihat dan merasa kembali nikmat dan zaman kanak-kanak ku tika itu... ku teruskan berjuanf ke arah itu, iltizam ku kotakan dengan kata-kata tika ditanya oleh guru kelasku masa aku lepas SPM, "Kalau boleh kamu mahu ke mana selepas ini, universiti mana yang kamu mohon???"...begitulah pertanyaan cikgu Intan Zaharah(Guru di SMK Jabi)... Aku menjawab ku ingin ke Sabah, ingin melihat sendiri negeri kelahiranku...Apabila keputusan tawaran dikeluarkan, Alhamdulillah...aku bersyukur, impian ku untuk menjejakkan kaki ke negeri kelahiranku tercapai ketika itu...Aku ditawarkan belajar di UiTM Sabah...Dari 2005-2008 aku di UiTM Sabah, banyak tempat aku lawati, tidak sangka negeri Sabah telah berubah sama sekali, namun aku tetap gembira kerana aku dapat menjejakkan kaki kembali di Sabah...
"Impian mampu digapai andai terus mencari"

Kini ku tanamkan iltizam jua impian untuk menggapai awan yang lebih tinggi, namun jatuhku tika ini sukar sekali untuk aku bangun, terasa pedih dengan luka-luka yang didapati...Namun aku bersyukur punya teman seperti Ikhmal, Liyana, Marzita, Nad, Yus dan juga Kak Aida yang terus menyookong aku hingga kini... Sokongan dari para pensyarah seperti Miss Muna, Dr. Maznah, Miss Farah, Sir Hadzli, Prof Zaki jua Prof Fatimah amatlah aku hargai...Tanpa mereka tidak mungkin aku ke tahap ini...Tanpa mereka, ku tidak kenali potensi diri...Keluarga yang terus menyokong perjuanganku digerakkan sekali dengan amanat jua panduan yang diberi oleh para pensyarahku jua sokongan dari teman-temanku membuatkan aku berani untuk melangkah lagi, berani untuk kembali mencari...Terima kasih semua...
"Impian dan harapan dibina bersama, bukan keseorangan walaupun apa jua yang terjadi"

No comments:

Post a Comment