Pages

Sunday, July 3, 2011

Bukan sekadar nama


Tenang fikiran dijiwa
Namun terdetik di minda
Seperti ada yang tidak kena
Melihat telatah manusia
Yang seakan-akan terlupa
Atas usul kejadian mereka

Manusia dijadi khalifah di bumi
Menabur bakti tingkatkan peribadi
Agar menjadi mukmin & mukminat sejati
Supaya tidak memungkiri janji

Islam bukan sekadar nama
Perlukan penghayatan amalan jua
Dalam hidup penuh pancaroba
Yang tidak lekang muslihat syaitan durjana

Solat itu tiang agama
Jangan dilakukan sambil lewa
Sehari semalam lima waktu sahaja
Bukannya patah tulang rusuk kita

Al-Quran jadikan pegangan
Jadikan ianya amalan seharian
Bukan sekadar barang hantaran
Yang sering kita lakukan

Tika ada kematian jua
Ramai benar para belia
Namun tahlil dikendali orang-orang tua
Belia hanya leka sesama mereka

Sedih bila ku memerhati
Kecewa dengan yang berlaku kini
Tika Islam tidak lagi dihayati
Oleh lapisan pemangkin generasi

Itu belum dibicara masjid-masjid sekitar negeri
Solat Jumaat ramai yang menghadiri
Namun ada belia tidak melangkah kaki
Untuk masuk ke dalam masjid itu sendiri
Sekadar berbual dan beremosi
Membiarkan masa itu terus berlari

Islam bukan sekadar nama
Perlukan penghayatan jua
Agar tidak disesatkan arus masa
Juga dilarikan pemodenan dunia

Sedarlah wahai semua golongan terutama belia
Kembalilah menghayati dan mengamalkannya
Islam yang indah dari jiwa
Islam yang cintakan keamanan dunia

1 comment: