Pages

Tuesday, May 17, 2011

Bantulah Gaza


  Kenapa ia terjadi
  Kenapa dia begitu berani
  Bukan sempadannya yang cuba ditembusi
  Bukan rakyatnya yang dibunuh sama sekali

  Tika ada yang cuba membantu Gaza
  Tika ada kapal yang membawa bekalan ke sana
  Pasti dia tidak selesa
  Pasti dia mencari alasan sejuta

  Apa salahnya membantu sesama manusia
  Apa takutkah mereka, Gaza mendapat perhatian dunia
  Apa salahnya membina kembali bandar Gaza
  Kecutkah mereka, jika sekolah kembali dibuka

  Tika ini ada kapal bantuan dari Malaysia
  Cuba masuk dari laut, dihalang tentera durjana
  Melepaskan tembakan ke udara
  Mengugut agar kapal tidak berlabuh di Gaza

  Syukur pada Yang Berkuasa
  Akhirnya tentera Mesir membantu jua
  Namun mereka benar-benar berani juga
  Perairan antarabangsa hak mereka

  Pendapatku, mereka mula takut bayangan sendiri
  Perkiraanku, mereka sudah mula dibenci
  Sudah hilang sahabat sejati
  Sudah ada yang menentang secara berani

  Gaza bakal bangun semula
  Menjadi empayar seperti sedia kala
  Sebelum kedatangan si durjana
  Ke bumi Palestin yang merdeka

  Ayuh semua bantulah Gaza
  Bersama kita menghulurkan tenaga
  Bukan hanya harta, tapi juga doa
  Untuk rakyat Gaza, diberi kekuatan para pejuang ke Syurga

  Ayuh semua bantulah Gaza
  Agar anak-anaknya kembali membaca
  Agar anak Gaza tdak terus menderita
  Mengalirkan air mata

  Ayuh semua bantulah Gaza
  Agar pemuda mereka punya kerja
  Tidak lagi mengharapkan bantuan dunia
  Namun boleh berjaya

  Ayuh semua bantulah Gaza
  Agar sekolah, hospitalnya kembali dibuka
  Supaya warga Gaza tersenyum seketika
  Agar mereka jua merasa erti gembira...

  Bantulah Gaza

Thursday, May 5, 2011

Teman Sejati


Ketika ini dia masih setia disisi
Tika ini dia masih ada ketika ramai mencari
Tika ini dia kian menyepi
Namun kekuatannya jauh berbeza sekali

Dalam perjuangannya mencari rezeki
Tempat pelajar ianya berdiri
Dari awal semester hinggalah minggu study
Dialah peneman sejati

Ketika suasana mula menyepi
Pelajar pulang ke kampung sendiri
Ketika Bujang menjadi pekan ditinggali
Ia masih disini

Minggu exam mula menghitung hari
Hari penghabisan semester ini
Kedai-kedai mula membawa diri
Kerana pelajar berkurangan kini

Tapi kesetiaanya disisi tidak diragui
Ketabahannya menempuhj hari-hari menanti
Sangat dipuji
Ialah teman sejati

Siapa sangka kemunculannya begitu dinanti
Siapa sangka kewujudannya begitu dihargai
Siapa kata pelajar UiTM bukan sumber rezeki
Ia telah menjadi bukti

Ialah sahabat tika malam hari
Ialah kenalan di seawal Subuh pagi
Kerna ia dapat dihubungi
Ketika pelajar memerlukan khidmat yang diberi

Terima kasih dari aku digelar SB
Kerna kehadiranmu byk membantu diri
Pada sesiapa yang belum mengenali
Ialah "FITRAH HIKMAH" pembakar motivasi

Ibu


  Ibu
  Ketika inilah aku dilahirkan ke dunia
  Ketika inilah aku diberi nama
  Ketika senja melabuhkan harinya
  Tika ini aku punya sebuah keluarga

  Ibu,
  Pengorbananmu terhadap diri ini
  Pahit getir yang dirimu lalui
  Demi membesar anakmu ini
  Menjadi seorang Khalifah di muka bumi

  Ibu,
  Dirimu cuba mengukir senyuman
  Untuk anakmu tidak merasai penderitaan
  Dirimu cuba mengukir kegembiraan
  Buat anakmu tidak menghadapi penyeksaan

  Ibu,
  Kesabaranmu mendidik diri ini
  Pasti tiada pengganti
  Ketabahanmu dengan gelagat aku disini
  Pasti akan ku ingati

  Ibu,
  Terima kasih pengganti diri
  Terima kasih dari anakmu bernama Hafifi
  Atas segala yang telah dirimu beri
  Yang tidak mungkin dibalas lagi

  Ibu,
  Hari ini sambutan dirai untukmu
  Namun tiada apa mampu ku beri
  Hanya ingatan jasamu ibu
  Terhadap diri ini

  Ibu,
  Andai aku dijemput Yang Maha Esa
  Sebelum sempat menabur jasa
  Redhailah dan halalkan makan minumku di dunia
  Juga ilmu yang tidak terhingga

  Ibu,
  Aku anakmu yang belum punya apa-apa
  Hanya ilmu dicari untuk bekalan di dunia juga disana
  Maafkan aku andai ada tersalah kata bicara
  Ampunkan aku atas segala tingkah laku yang menitiskan air mata

Tuesday, May 3, 2011

Kematian pasti Menjelma


Ia akan hadir dikala kita leka
Ia akan hadir dikala kita bersuka
Satu perkara paling istimewa
Satu jemputan dari Yang Maha Mencipta

Kita diambil tidak kira usia
Kita dijemput tidak tahu bila
Apa yang pasti akan tiba jua
Saat yang pasti sungguh istimewa


Hari ini ku lihat kematian di depan mata
Hatiku sayu melihat pemergiannya
Berkumpul semua sanak saudara
Membaca Al-Quran bagi mengiringi jenazahnya

Kematian pasti menjelma
Tidak kira pangkat kita
Bukan jua dibeza dengan usia
Tika tiba saat itu, BERSEDIAKAH KITA?

Tidak mungkin ada penangguhan dapat dipinta
Masa yang ada gunalah sebaiknya
Sahabat juga saudara, insaflah kita
Mulakan langkah pertama

Lakukanlah persediaan terbaik kita
Lebih baik dari sebelum kita ambil periksa
Kerna ianya bekalan kita disana
Di alam yang nyata...
Sama ada syurga atau neraka
Kita tentukan JALAN KITA

Monday, May 2, 2011

Dugaan atau Cabaran

Tika ini aku rasa kosong sekali
Tika ini ku rasa semua tidak lagi bererti
Aku ingin saja berlari
Tapi ke mana aku tidak pasti

Tika ini aku rasa sakit hati
Tika ini aku rasa tidak berguna lagi
Bukan kerna sesiapa tapi kesalahanku sendiri
Kesalahan yang bagiku tidak perlu disesali

Dugaan yang datang buatku hari ni
Buat aku terfikir mampukah diri ini
Cabaran yang dilontarkan padaku bernama Hafifi
Mampukah aku atasi

Sedang aku tidak punya tenaga lagi
Sedang aku hanya ada teman seperjuangan disisi
Aku murung fikirkan nasib diri
Mampukah aku atasi

Aku percaya satu kata
"Allah menurunkan cabaran dan dugaan pada hambaNya"
"Kerna Allah percaya hambaNya mampu untuk mengharunginya"
Itu juga bererti Allah mengingati setiap insan didunia

Namun inilah sifat manusia
Lalai dan sering kali leka
Hingga ada yang membisikkan dusta
"Kamu tidak mungkin berjaya"

Satu lagi sifat makhluk dunia
Lebih banyak pengkhianat dari sahabat setia
Untuk apa dan kenapa
Hanya mereka ada jawapannya

Dugaan dan cabaran ini kini
Aku harungi tanpa tangisan lagi
Kerna air mata tidak mampu menitis lagi
Kerna perjuanganku mungkin setakat ini

Sunday, May 1, 2011

Puan Azfahanee


A = Amanah dipegang terus dilaksana

Z = Zaman dilalui tanpa erti putus asa

F = Fahami segala rintangan dengan daya usaha

A = Alunan suara menggegar sukma

H = Hatinya terus cekal seperti panglima

A = Ayunan langkah srikandi negara

N = Namanya membawa sejuta makna

E = Empunya diri punya kekuatan jiwa

E = Empunya diri tidak kenal erti putus asa


Terima Kasih Puan Azfahanee Zakaria

Terus Berjuang

Tika badai melanda
Tika hati berpecah dua
Ambillah wuduk tenangkan jiwa
Berdoalah agar diberi petunjukNya

Pasti akan ada satu masa
Tika syaitan membisikkan kata
"tidak perlu ini semua"
"buat apa peningkan kepala"

Jangan kita mengalah tika itu
Jangan kita muram dan membisu
Tekadkan usaha bulatkan penamu
Teruskan usaha membaca buku

Gagal sekali bukan akhir segala
Dari kegagalan belajarlah terus berusaha
Yang penting apa yang ada di minda
Yang penting semangat kita belia

Kini perjuanganmu di pertengahan
Perlu juga rehat untuk ketenangan
Jangan sesekali termakan godaan
Jangan sesekali merendahkan keyakinan

Teruskan berjuang mara ke depan
Jatuh bangun bersama rakan
Walau apa jua rintangan
Jangan mengalah di medan peperangan

Kita tidak berperang mengangkat senjata
Kita hanya gunakan akal dan minda
Juga sedikit dakwat pena
Untuk mengarang kata-kata pujangga

Semoga adik-adik terus berusaha
Terus berjuang menguatkan pointer anda
Jangan lupa restu ibu dan bapa
Jangan tinggalkan "DOA"