Pages

Monday, May 2, 2011

Dugaan atau Cabaran

Tika ini aku rasa kosong sekali
Tika ini ku rasa semua tidak lagi bererti
Aku ingin saja berlari
Tapi ke mana aku tidak pasti

Tika ini aku rasa sakit hati
Tika ini aku rasa tidak berguna lagi
Bukan kerna sesiapa tapi kesalahanku sendiri
Kesalahan yang bagiku tidak perlu disesali

Dugaan yang datang buatku hari ni
Buat aku terfikir mampukah diri ini
Cabaran yang dilontarkan padaku bernama Hafifi
Mampukah aku atasi

Sedang aku tidak punya tenaga lagi
Sedang aku hanya ada teman seperjuangan disisi
Aku murung fikirkan nasib diri
Mampukah aku atasi

Aku percaya satu kata
"Allah menurunkan cabaran dan dugaan pada hambaNya"
"Kerna Allah percaya hambaNya mampu untuk mengharunginya"
Itu juga bererti Allah mengingati setiap insan didunia

Namun inilah sifat manusia
Lalai dan sering kali leka
Hingga ada yang membisikkan dusta
"Kamu tidak mungkin berjaya"

Satu lagi sifat makhluk dunia
Lebih banyak pengkhianat dari sahabat setia
Untuk apa dan kenapa
Hanya mereka ada jawapannya

Dugaan dan cabaran ini kini
Aku harungi tanpa tangisan lagi
Kerna air mata tidak mampu menitis lagi
Kerna perjuanganku mungkin setakat ini

No comments:

Post a Comment