Pages

Thursday, May 5, 2011

Teman Sejati


Ketika ini dia masih setia disisi
Tika ini dia masih ada ketika ramai mencari
Tika ini dia kian menyepi
Namun kekuatannya jauh berbeza sekali

Dalam perjuangannya mencari rezeki
Tempat pelajar ianya berdiri
Dari awal semester hinggalah minggu study
Dialah peneman sejati

Ketika suasana mula menyepi
Pelajar pulang ke kampung sendiri
Ketika Bujang menjadi pekan ditinggali
Ia masih disini

Minggu exam mula menghitung hari
Hari penghabisan semester ini
Kedai-kedai mula membawa diri
Kerana pelajar berkurangan kini

Tapi kesetiaanya disisi tidak diragui
Ketabahannya menempuhj hari-hari menanti
Sangat dipuji
Ialah teman sejati

Siapa sangka kemunculannya begitu dinanti
Siapa sangka kewujudannya begitu dihargai
Siapa kata pelajar UiTM bukan sumber rezeki
Ia telah menjadi bukti

Ialah sahabat tika malam hari
Ialah kenalan di seawal Subuh pagi
Kerna ia dapat dihubungi
Ketika pelajar memerlukan khidmat yang diberi

Terima kasih dari aku digelar SB
Kerna kehadiranmu byk membantu diri
Pada sesiapa yang belum mengenali
Ialah "FITRAH HIKMAH" pembakar motivasi

No comments:

Post a Comment