Pages

Saturday, March 12, 2011

Keliru Hatiku

Aku tidak tahu kenapa
Apa salahku pada si dia
Tapi hubungan yang terbina
Akhirnya hilang entah ke mana

Wajahnya masih bermain di jiwa
Gelak tawanya melapangkan minda
Bukan aku tidak cuba
Untuk memadamnya dari hatiku jua

Pertemuan pertama pengakhiran rupanya
Dirimu minta dilepaskan juga
Sedang aku masih tertanya-tanya
Kenapa ini yang dirimu pinta

Benar aku kecewa
Tapi tidak ku mampu mengalirkan air mata
Pemergianmu tidak kusangka
Kerna ia hadir ketika kita gembira

Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku seorang hamba
Melalui hidup ini tanpa si dia
Kerna hatiku yang berparut lama
Kini kembali terbuka

Sudah aku berikan dia masa
Namun harapanku diketawa
Cuba aku minta penjelasan darinya
Baginya ini bukan salah sesiapa

Aku tidak kuat menempuh dunia
Aku tidak sempurna buatmu wanita
Aku tidak punya harta untuk dibangga
Aku mencari satu permata
Bakal melengkapi hidupku jua
Bukan hanya di dunia namun di akhirat sana

Pada si dia yang masih bertakhta
Ketahuilah aku tidak pernah membencinya
Kasih sayangku bukannya dusta
Keikhlasan dan kejujuranku untuk dirimu sahaja

4 comments:

  1. sabar bro..setiap yg pergi, mesti ad pengganti..

    ReplyDelete
  2. memang setiap yang pergi tu akan hadir pengganti, tapi aku nak tanya sama ka pengganti yang hadir tu dengan yang telah pergi????

    ReplyDelete
  3. xkan sama..hehehe...

    ReplyDelete
  4. memang xkn pernah sama, kerna dirinya adalah satu dlm dunia

    ReplyDelete