Pages

Wednesday, February 21, 2018

Sinar Kegelapan

Dalam kegelapan hadirnya cahaya,
Tersedar aku seperti bernafas semula,
Harap agar diri ini tidak lupa,
Harap agar diri ini teruskan usaha,
Menggapai suatu yang bernama jaya...

Dalam kegelapan hadirnya cahaya,
Seperti memberi sinar jua,
Pada diri yang sedang berduka,
Pada diri yang tiada apa-apa,
Kerna aku banyak kurangnya...

Dalam kegelapan hadirnya cahaya,
Memberi seribu sebab bangun semula,
Demi kamu yang menyinari dunia,
Demi kamu yang terus percaya,
Izinkan diri ini terus diberi masa...

Dalam kegelapan hadirnya cahaya,
Bagai menyambung saraf di minda,
Terlihat silau ketenangannya,
Tergambar senyuman sejuta makna,
Agar aku tidak kenal putus asa...

Dalam kegelapan hadirnya cahaya,
Yang menyinari diri ini semula,
Terima kasih terus bersama,
Terima kasih kerna percaya,
Akan diri ini utk kembali semula...

Friday, September 22, 2017

Kehadiranku

Kehadiranku,
Kadang ku terfikir sendiri,
Tambah dalam suasana sepi,
Dengan apa yang terjadi,
Adakah kerna diriku kau kenali... 

Kehadiranku,
Tatkala lihat kau menangis,
Saat itu hati ini jua terguris,
Adakah kerna aku airmata itu menitis,
Adakah kerna aku berlaku perkara tragis... 

Kehadiranku,
Adakah ia membawa kebaikan,
Adakah ia membawa keburukan,
Semua itu tika ini bermain di fikiran,
Kerna aku ingin melihat senyuman... 

Kehadiranku,
Keputusan kau buatkan ini terjadi,
Pilihan kau yang mungkin diorang benci,
Kerna insan sepertiku tak layak disayangi,
Atau kerna fizikalku jua menjadi saksi... 

Kehadiranku,
Seperti buatkan kau terus derita,
Seperti buatkan kau terus diseksa,
Sedang aku hanya mampu terus berusaha,
Dengan segala keringat yang ada...

Tuesday, August 29, 2017

Andai aku dipilih disini

Andai aku dipilih disini,
Untuk diduga cabaran duniawi,
Kuatkanlah diri ini utk mengatasi,
Cekalkan hati ini agar terus berdiri,
Demi memperjuangkan apa yang dicari...

Andai aku dipilih disini,
Untuk dikerah kudrat yang ada ini,
Berilah aku sumber tenaga yg diingini,
Berilah aku ruang masa utk mengatasi,
Demi aku mencari butir-butir rezeki...

Andai aku dipilih disini,
Untuk ditunjuk salur pintu-pintu rezeki,
Berilah aku ilham untuk mencambah lagi,
Berilah aku sinar dilaluan yang menanti,
Demi aku melengkapkan diri ku sendiri....

Andai aku dipilih disini,
Sebagai hamba aku redhai,
Akan ujian yang menghentam jatuh ke bumi,
Akan dugaan yang menyerang bertubi-tubi,
Aku serah padaMu Ya Illahi...

Andai aku terus dipilih disini,
Ajarkan aku erti kuatkan imanku ini,
Bimbinglah aku erti liku-liku ini,
Kerna aku kadang mungkin tersalah erti,
Dan adakalanya gagal untuk fahami...

Mungkin Dia

Mungkin dia tak terasa secara nyata,
Atau mungkin juga memendam dijiwa,
Kerna setiap langkah diharungi bersama,
Di antara aku dan dia,
Tak lekang dek ujian datang melanda...

Mungkin dia tak bersuara,
Kerna tahu diri ini bagaimana,
Kerna tahu diri ini siapa,
Namun secara terang ku lafazkan kata,
Agar semua lebih sensitif dan menjaga...

Mungkin laluan ini berbeza,
Tapi aku mahu kalian bersatu jua,
Menghormati dlm erti kata menerima,
Sebelum bersuara fikirkan jua,
Apa yang dia atau aku rasa...

Mungkin malam ni dirinya rasa sudah biasa,
Tapi perlu diingat aku jua rasa dihina,
Napa perlu dikata pada muka,
Napa tak direct pada aku yang teleng kepala,
Alang senang kita tgk cash bayarannya...

Mungkin bagi kamu ianya tak seberapa,
Kerna kamu tak merasa bagaimana dihina,
Tak merasa dipandang kecil dlm setiap bicara,
Kerna rasa diri kamu sudah sempurna,
Sedangkan aku dan dia penuh cacat cela...

Mungkin malam ini bagi kamu seperti biasa,
Tapi napa tidak kamu teruskan bersuara,
Selepas kata keramat "teleng" ku lafaz ke udara,
Napa kelu lidah kamu berbicara,
Atau hinanya aku tak perlu dilayan jua...

Terima kasih itu ku ingin kata,
Pada kamu yang hanya memandang pada rupa,
Tapi tidak pada setiap kata bicara,
Yang kamu biarkan sesedap rasa,
Tanpa rasa apa-apa

Monday, July 31, 2017

Kisah Tentang Aku

Ada satu kisah ingin ku ceritakan,
Kisah terjadi nyata bukan dongengan,
Ianya cerita di sebuah pekan,
Mangsanya seorang teman seperjuangan...
Mulakan pembelian suatu barangan,
Menggunakan akaun si teman perjuangan,
Barang dah dapat siap pemasangan,
Namun modal tadi hnya di balas senyuman...
Lalu teman tadi mula usulkan,
Modal yang dikeluar perlu dikembalikan,
Tapi macam ada seribu alasan,
Hingga teman tadi terdiam sendirian...
Masa pun berganjak hari ke hari,
Lalu dibuat call bukannya sekali,
Hanya ungkapan tak sempat diterima lagi,
Dan hari ahad bank kan cuti...
Masuk isnin jumpalah si teman tadi,
Lalu diberi hint apa yg terjadi,
Call pun dari pagi dan tengahari,
Kawannya tak pula munculkan diri...
Tapi teman tadi tidak salahkan rakan,
Kerna kebodohannya mengatur rancangan,
Lalu diterima satu hukuman,
Berlalu pagi dan tengahari tanpa sikit jamahan..
Sebelum pulang teman tadi diberi rezeki,
Dapat kek sepotong pemberian yg sudi,
Dijamahnya tak lihat kanan kiri,
Kerna kelaparan yang amat sekali...
Lalu sekali lagi teman ini hubungi,
Rakannya yang sudah berjanji,
Dia di starbuck membeli kopi,
Hanya ketawa yang didengari...
Tiba di rumah dibuka aplikasi,
Wang dah masuk syukur pada Illahi,
Tapi apa yang terjadi pastinya tragedi,
Mungkin prank dari rakan tak kena hari...
Sampai di rumah adanya tom yam,
Disambung bedal hingga ke malam,
Walau cerita ini sedikit muram,
Janganlah kita bermuka masam...

Wednesday, July 26, 2017

layankan ja...


dunia bayar cash,
aku hanya jalankan amanah,
bukan nak bikin semua orang susah,
tapi tak mahu akhirat aku yang payah...

apa cerita cuba cover bontot sendiri,
bila terpampang satu-satu bukti,
napa tak berani berdepan, bersuara ja tadi,
kelukah lidah itu tanpa bunyi...

dimana semua bila kami diserang,
dipelbagai sudut cahaya dan bayang,
dan bila tindakan kamu terus terpampang,
jangan melompat sangat kang jatuh longkang...

aku hanya bertindak berdasarkan arahan,
dengan cara kerja aku yang sedemikian,
apa salahnya cuba gunakan pemikiran,
kerna masing-masing ada tugas perlu jalankan...

memang tiada yang indah dalam dunia,
kerna yang indah akan ada sakitnya,
tapi tak mungkin sekali ku gentar dan putus asa,
kalau tidak masakan aku disini juga...

Monday, July 17, 2017

Aku Mungkin Insan Terhina

Aku mungkin insan terhina,
Yang terus dikeji tanpa bicara,
Yang terus dibenci tanpa berita,
Yang terus dikata tanpa suara,
Namun, suratan ini aku terima...

Aku mungkin insan terhina,
Yang penuh cacat cela,
Yang penuh luka2 lama,
Yang hasilnya dari kenakalanku jua,
Dan dunia ini cash aku terima...

Aku mungkin insan terhina,
Yang serba serbi tidak kena,
Yang ada sahaja yang cuba menduga,
Yang melihatku umpama bebanan dunia,
Maka hanya lafaz penghinaan ku terima...

Aku mungkin insan terhina,
Yang tiada apa-apa tidak seperti mereka,
Yang mungkin menjadi bahan sindir dan tawa,
Yang terus dibahankan sesedap rasa,
Bagai tiada naluri dan jiwa yg kan terluka...

Aku mungkin insan terhina,
Yang meniti hari2 dunia tanpa cahaya,
Yang berjalan dlm kegelapan jiwa,
Yang hanya berserah tanpa memikirkan apa2,
Kerna aku hanya insan terhina....