Pages

Monday, February 20, 2017

Terima Seadanya

Terima seadanya,
Mudah diungkapkan dgn kata,
Mudah dilafazkan dgn cara,
Namun tindakan tetap yg utama,
Bagaimana fikiran itu bermula...


Terima seadanya,
Ku lihat ramai berbicara,
Ramai mengatakan yg mereka blh menerima,
Namun langkahan mereka sangat berbeza,
Lalu buatkan ada yg membuka mata...


Terima seadanya,
Itulah yang sangat diingini semua,
Utk menerima tanpa syarat jua,
Menerima dgn hati terbuka,
Menerima dgn hati yg redha....


Terima seadanya,
Segala terjadi ketentuan Yang Esa,
Kita diajar utk terus percaya,
Apa yg berlaku ada nikmatnya,
Walau saat ini kita terluka....


Terima seadanya,
Satu konsep yg terbuka,
Bukan sekadar pd manusia yg ingin bcinta,
Tp utk hari—hari yg kita lalui juga,
Tak kira bekerja atau dgn keluarga...


Terima seadanya,
Ku harap dipermudahkan segala,
Bagi diriku, keluarga dan rakan2 semua,
Dalam kita mengejar nikmat dunia,
Jangan sekali lupa bekalan utk disana...

Sunday, February 12, 2017

Memendam Rasa

Ku hanya mampu memendam rasa,
Demi melihatmu bahagia,
Kerna ikatan kasih yg terbina,
Antara kau dan aku jua...

Ku hanya mampu pendamkan segala,
Apa yg ku rasa di jiwa,
Walau kita punya cara berbeza,
Tapi ku kan terus menantimu sahaja...

Ku hanya mampu merawat luka,
Dari mahligai yg telah dibina,
Walau badai datang melanda,
Ku kan terus bersama...

Ku hanya mampu memerhati,
Apa yg kita sedang lalui,
Tiada kudrat ku dapat kerahkan lagi,
Untuk ikatan ini...

Ku cuba berbicara tentang ini,
Namun bicara itu tiada bunyi,
Lalu parut lama terbuka kembali,
Dan ku tidak mampu kembali berdiri...

Ku hanya insan biasa ingin merindui,
Izinkan terus ku sandarkan namamu dihati,
Kerana kenagan yg pernah dilalui,
Mungkin menjadi ubat ku nanti

Friday, February 10, 2017

Selamat Hari Lahir Permaisuri



Selamat Hari Lahir Permaisuri
Hanya ungkapan pengganti diri
Harap dirimu menerima dengan sudi
Satu cerita tentang kita di awal pagi...

Selamat Hari Lahir Buah Hati,
Hadiah belum ku terfikir beli,
Lalu seloka di tulis untukmu menanti,
Agar senyuman dibibir manis sekali...

Selamat Hari Lahir Si Jantung Hati,
Tak ramai tahu kisah kita bersama,
Ku harap kau terus berada disisi,
Menemani dari sini hingga ke sana...

Selamat Hari Lahir Pemanis Jiwa,
Yang sentiasa ada bersama,
Tak kisah tika suka mahupun duka,
Kau tetap istimewa....

Selamat Hari Lahir Insan Ku Rindu,
Kasihku hanya tetap padamu,
Walau dipisah jarak yang beribu batu,
Disanubari ini tetap adanya kamu...

Selamat Hari Lahir ungkapan dariku,
Moga dipermudahkan segala urusan,
Diberi limpahan pelbagai rezeki dari setiap penjuru,
Juga keberkatan dan kesihatan...

Sunday, January 22, 2017

Tika Bersendiri

Tika kebosanan sendirian,
Tkenangkan btapa indahnya suratan,
Yang dikatakan takdir Tuhan,
Buat kita bgelar insan...

Jauh dsudut hati ini,
Masihku fikir yg telah tjadi,
Btapa besaq hinaan diberi,
Dlemparkan btubi2 xhenti...

Tipu jika ku kata lupa,
Akan janji sumpah setia,
Kerna kenangan bsama,
Xpernah hilang dri minda...

Usia, kau jdikan alasan kita,
Jarak, kau jdkn pghalangnya,
Lalu detik itu pun tiba,
Maka laluan bsendri dibina..

Jtuh tsungkur kembali bdiri,
Patah tumbuh hilg bganti,
Namun parutnya masih dsini,
Dlmnya masih cuba ku ubati...

Mudah sggh mlafazkan kata,
Bsaksi bintang segala,
Namun diri ini yg ko luka,
Dibiarkan bgitu sahaja...

Tdk ku mnta sgala jnji,
Bkn sempurna yg ku cari,
Hanya pelengkap hidup ini,
Utk bsama mengharungi...

Kini kau sudah bahagia,
Aku jua tumpang gembira,
Cuma satu ku pinta,
Izinkan aku ssekali mngingt knangan kita....

Langkahku kini tdk sama,
Snyuman hnya luaran shja,
Kerna tiada lg airmata,
Mampu menitis kerna sang cinta...

Lalu ku ukir satu seloka,
Tika ku sndiri mlayan jiwa,
Terima kasih utk semuanya,
Dan maaf yg mampu ku minta...

Saturday, January 14, 2017

Maafkanlah Diri Ini...

Maafkan saya,
Andai terkasar tutur kata,
Andai terlepas yg meluka,
Dengan tidak sengaja,
Pada dirimu sang cinta...

Maafkan saya,
Andai tingkah laku yg tak kena,
Mengguris hati dan jiwa,
Dlm meniti khidupan bsama,
Sbagai pasangan jua...
Maafkan saya,
Kalau2 ada yg terlupa,
Kalau2 ada kkurangannya,
Kerna saya insan biasa,
Perlukanmu utk mlengkapi juga...
Maafkan saya,
Bukan hnya satu kata,
Bukan melukamu dgn sngaja,
Berilah diri kemaafan dpinta,
Agar dpt dperbaiki semula...
Maafkan saya,
Jika kurngnya masa bsama,
Ketahuilah hanya utk keluarga,
Diri ini trus bkerja,
Dan percyala tiada yg kdua.
Maafkan saya,
Wahai insan teristimewa,
Insan yang bkorban segala,
Kau jua yg btakhta,
Yg kn menemani ku ke sana

Thursday, November 3, 2016

Rindu 2

Rindu terasa dalam diri,
Berbual dan bertemu sukar sekali,
Hanya kata maaf menjadi ungkapan kini,
Dan ku berharap dirimu mengerti...

Tika hujan di pagi hari,
Tika kesejukan ku rasai,
Hanya dirimu ku cintai,
Hanya dirimu ku rindui...

Ku kerja siang dan malam hari,
Dirimu pernah bertanya,"tak penatkah bgini?"
Terkenang senyumanmu buatku gagahkan lagi,
Untuk terus mencari rezeki...

Lirikan matamu menjadi inspirasi,
Kata2 semangatmu buatku trus bdiri,
Untuk berjuang di medan ini,
Dan demi membahagiakan dirimu nanti...

Dirimu hanya ingin masa bersama; aku ketahui,
Dirimu hanya ingin bertukar-tukar cerita; aku mengerti,
Mengertilah setiap pengorbanan kenikmatan dirasai,
Setiap keringat pastinya dibalas suatu hari nanti..

Friday, September 23, 2016

Rindu


Kadang kita terasa sepi
Hadir juga perasaan sunyi
Kerja pula tidak senang hati,
Seperti ada sesuatu tersembunyi

Maka kita mula imbau kembali,
Kenangan lalu pernah hadir dalam diri,
Senyuman terukir tanpa kita sedari,
Kerna pengalaman itu mencuit sanubari...

Dia datang secara tak sengaja,
Bicara dimula malu-malu pula,
Mana mungkin aku lupa,
Sungai Petani menjadi saksinya...

Berputik bunga cinta di Pantai Merdeka,
Disemai rindu di Pantai Rubina,
Dalam mengenali sesama kita,
Lahirlah perasaan rindu pula...

Bagaimana ingin luahkan? ku tidak tahu,
Bagaimana ingin ku sampaikan? lidah ini terasa kelu,
Diri ini terus merasa rindu
Dengan semua yang berlaku....