Pages

Sunday, February 12, 2017

Memendam Rasa

Ku hanya mampu memendam rasa,
Demi melihatmu bahagia,
Kerna ikatan kasih yg terbina,
Antara kau dan aku jua...

Ku hanya mampu pendamkan segala,
Apa yg ku rasa di jiwa,
Walau kita punya cara berbeza,
Tapi ku kan terus menantimu sahaja...

Ku hanya mampu merawat luka,
Dari mahligai yg telah dibina,
Walau badai datang melanda,
Ku kan terus bersama...

Ku hanya mampu memerhati,
Apa yg kita sedang lalui,
Tiada kudrat ku dapat kerahkan lagi,
Untuk ikatan ini...

Ku cuba berbicara tentang ini,
Namun bicara itu tiada bunyi,
Lalu parut lama terbuka kembali,
Dan ku tidak mampu kembali berdiri...

Ku hanya insan biasa ingin merindui,
Izinkan terus ku sandarkan namamu dihati,
Kerana kenagan yg pernah dilalui,
Mungkin menjadi ubat ku nanti

No comments:

Post a Comment