Pages

Friday, February 10, 2017

Selamat Hari Lahir Permaisuri



Selamat Hari Lahir Permaisuri
Hanya ungkapan pengganti diri
Harap dirimu menerima dengan sudi
Satu cerita tentang kita di awal pagi...

Selamat Hari Lahir Buah Hati,
Hadiah belum ku terfikir beli,
Lalu seloka di tulis untukmu menanti,
Agar senyuman dibibir manis sekali...

Selamat Hari Lahir Si Jantung Hati,
Tak ramai tahu kisah kita bersama,
Ku harap kau terus berada disisi,
Menemani dari sini hingga ke sana...

Selamat Hari Lahir Pemanis Jiwa,
Yang sentiasa ada bersama,
Tak kisah tika suka mahupun duka,
Kau tetap istimewa....

Selamat Hari Lahir Insan Ku Rindu,
Kasihku hanya tetap padamu,
Walau dipisah jarak yang beribu batu,
Disanubari ini tetap adanya kamu...

Selamat Hari Lahir ungkapan dariku,
Moga dipermudahkan segala urusan,
Diberi limpahan pelbagai rezeki dari setiap penjuru,
Juga keberkatan dan kesihatan...

No comments:

Post a Comment