Pages

Sunday, July 5, 2020

Melayan Sanubari

Tidak ku minta bulan dan bintang,
Cukup sekadar sinar mentari,
ku cuba untuk bertenang,
Namun idea plak yang mari...
 
 
Ular menyusur takkan hilang bisa,
Kambing enak dimasak pelbagai rasa,
Kejamnya dunia tak kira usia,
Baik tua mahupun muda remaja...
 
 
Penceroboh ditembak tiap saat,
Gajah pula yang melompat,
Inginkan rezeki itu berkat,
Terus berjuang tanpa kira penat...
 
 
Buaya sedap sedang menari,
Disapa kucing tiba-tiba disisi,
Harta benda boleh dicari,
Namun keluhan jangan sekali...

Jalan Kita Berbeza

Tiap orang daripada kita punya jalan berbeza,
Tiap daripada kita punya kisah untuk dicerita,
Dipenuhi dengan pelbagai suka dan duka,
Dinikmati dengan cara yang tidak sama,
Kerna jalan ini adalah nikmat dariNya...
 
 
Tiap daripada kita akan ada beza,
Dari segi ujian, halangan juga godaan dunia,
Dari segi cara, tempat atau masanya,
Walau kita cuba kata kita adalah sama,
Namun sebaliknya kita tetap ada kelainannya...
 
 
Tiap daripada kita ada beza,
Kita cuma mencuba untuk fahami dan rasa,
Kita cuma mencuba untuk mengenali saja,
Kita cuma mencuba untuk berada ditempatnya,
Tapi ianya takkan sesekali sama...
 
 
Tiap daripada kita ada beza,
Syukuri apa yang kita ada,
Nikmati setiap saat dan ketika,
Hargai setiap ujian yang melanda,
Kerna kehidupan ini dipenuhi pelbagai warna...
 
 
Tiap daripada kita ada beza,
Namun jangan sesekali berputus asa,
Jatuh dan rebah adat hidup ke arah jaya,
Nikmati setiap duka dan luka,
Percayalah di hadapan sana ada sinar bahagia...

Wednesday, April 22, 2020

Tak Perlu Bersedih

Tak perlu bersedih, 
Kerna jauh dimata dekat dihati
Kerna diajar lebih memahami,
Kerna kan diajar erti merindui,
Kerna kan mengenang saat manis dari sanubari...

Tak perlu bersedih,
Ujian yang ditetapkan Illahi,
Ujian datang pada yang berani,
Ujian datang pada yang cekal hati,
Demi memartabatkan hubungan suami isteri...

Tak perlu bersedih,
Andai Ramadhan yang tiba ini kita sendiri,
Andai Ramadhan ini dirimu disana dan aku disini,
Andai Ramadhan ini tidak dapat lakukannya sekali,
Kerana ia adalah masa kita diuji...

Tak perlu bersedih,
Kerna disini juga amat merindui,
Kerna disini juga amat menyayangi,
Kerna disini juga terus memberontak dihati,
Untuk sentiasa berada denganmu disisi...

Jangan bersedih,
Ini perjuangan mencari rezeki,
Berpisah kerna jarak juga adalah satu yang perlu dinikmati,
Kerna ia melahirkan rasa lebih menghargai,
Kerna ia melahirkan rasa sangat merindui..

Orang Kata

Orang kata,
Ia adalah adat kita,
Ia adalah budaya kita,
Ia adalah cara kita,
Ia adalah diri kita...

Orang kata,
Kita kena terus menjaga
Kita kena terus pelihara
Kita kena terus berbicara tentang ia,
Agar tidak hilang di mata dunia

Orang kata,
Ini cara kita bercerita
Ini cara kita luah rasa
Ini cara kita menyampai tak kena
Kerna sopan santun adalah "Cara Kita"'

Orang Kata,
Sebalik liku hidup ada cerita bahagia,
Sebalik derita ada gelak tawa,
Sebalik tangisan ada senyum gembira,
Ia hanya akan terletak pada bahu kita...

Orang kata,
Hidup perlu diteruskan juga,
Hidup perlu dipandang ke depan dengan yang baik-baik sahaja,
Hidup perlu diperjuangkan hingga akhirnya,
Agar tiada penyesalan timbul dijiwa...

Tulisan Ini

Tulisan ini,
walau hanya dgn menulis,
walau dilihat lurus seperti pembaris,
walau ia menyindir secara sinis,
namun tiada yg kan mengetahui jalan2 tak segaris...

Tulisan ini,
Walau seakan akan mengguris,
Walau bukan api namun mancis,
Walau punya ayat pedih tidaklah seperti keris,
Lebih lembut dari lidah bicara tak berlapis...

Tulisan ini,
Ku tak perlu ia laris,
Ku tak perlu guna pelaris,
Ku tak perlu bicara sampai habis,
Biarlah yang mengerti saja menangis...

Tulisan ini,
Hanya menggambarkan aku sebagai penulis,
Hanya menggambarkan idea dalam minda utk ditulis,
Hanya menggambarkan caraku bukan dengan melukis,
Tapi secara spontan telah berbaris...

Tulisan ini,
Tak mungkin dapat jadikan perut makin kempis,
Tak mungkin dapat jadikan lemak kian menipis,
Tak mungkin dapat jadikan badan tak berlapis,
Namun ianya warkah sebagai seorang penulis...

Sunday, August 18, 2019

Jangan Terus Menghina



Jangan terus melemparkan kata-kata menghina,
Jangan terus menerus mengherdik dan mencerca,
Aku bukannya mengkhianat sesiapa,
Aku hanya bekerja untuk keluarga ku jua,
Untuk melihat airmata gembira...


Jangan terus melemparkan kata hina,
Biarkan kerja ini kotor dimata manusia,
Biarkan kerja ini bermandi peluh sepenuhnya,
Aku hanya tahu untuk terus mengerah segala,
Agar ada dalam keluargaku tersenyum gembira...


Jangan terus menerus kamu mencerca,
Tiada salahnya ku berjemur dengan cuaca,
Tiada hinanya ku terus memberi apa yang ada,
Andai ianya mampu memberi bahagia,
Pada insan yang sentiasa berada di jiwa...


Jangan terus melemparkan kata hina,
Pendamkan dalam sanubari dan jiwa,
Ku pekak kan telinga dari mendengar kata hina,
Lantas aku teruskan usaha dan bekerja,
Untuk apa yang aku percaya...

Sudah Lama Tidak Ku Rasa Begini

Sudah lama tidak rasa begini
Menghitung dan mengira setiap yang pergi
Mencari andai ada terselit sana dan sini
Mungkin di kanan atau kiri
Takpun atas peti ataupun almari...

Sudah lama tidak rasa begini
Lajunya seperti sedang berlari
Dan aku hanya mampu memerhati
Terkaku dalam nada sendiri
Melihat ianya pergi...

Sudah lama tidak rasa begini
Membuatkan diri mengimbau kembali
Saat-saat sebuah tragedi
Detik-detik mencemaskan sanubari
Yang cuba untuk aku lupai...

Sudah lama tidak rasa begini
Dan aku hanya mampu tersenyum sendiri
Dan aku hanya mampu untuk kembali berdiri
Dan aku hanya mampu untuk terus mencari
Di mana dan kemana yang mampu ku daki...

Sudah lama tidak rasa begini
Dalam perjuangan yang penuh duri
Dalam dunia yang sepertinya terus mengejar mimpi
Dalam ku cuba menghadapi apa itu realiti
Agar tidak ku tersungkur lagi...