Pages

Sunday, July 5, 2020

Jalan Kita Berbeza

Tiap orang daripada kita punya jalan berbeza,
Tiap daripada kita punya kisah untuk dicerita,
Dipenuhi dengan pelbagai suka dan duka,
Dinikmati dengan cara yang tidak sama,
Kerna jalan ini adalah nikmat dariNya...
 
 
Tiap daripada kita akan ada beza,
Dari segi ujian, halangan juga godaan dunia,
Dari segi cara, tempat atau masanya,
Walau kita cuba kata kita adalah sama,
Namun sebaliknya kita tetap ada kelainannya...
 
 
Tiap daripada kita ada beza,
Kita cuma mencuba untuk fahami dan rasa,
Kita cuma mencuba untuk mengenali saja,
Kita cuma mencuba untuk berada ditempatnya,
Tapi ianya takkan sesekali sama...
 
 
Tiap daripada kita ada beza,
Syukuri apa yang kita ada,
Nikmati setiap saat dan ketika,
Hargai setiap ujian yang melanda,
Kerna kehidupan ini dipenuhi pelbagai warna...
 
 
Tiap daripada kita ada beza,
Namun jangan sesekali berputus asa,
Jatuh dan rebah adat hidup ke arah jaya,
Nikmati setiap duka dan luka,
Percayalah di hadapan sana ada sinar bahagia...

No comments:

Post a Comment