Pages

Sunday, January 15, 2012

Destinasi Rindu



Kamu
Langkah ini bukannya baru
Langkah ini bukanlah penentu
Kasih dan sayang padamu
Akan hadir rasa rindu

Kamu
Jiwa ini mungkin retak seribu
Hati ini mungkin tidak sebersih dulu
Namun kasihku bukannya tipu
Ia hadir dari dalam diriku

Kamu
Hadirmu membuka sebuah lagi pintu
Hadirmu membuka satu lembaran baru
Hadirmu dikala aku begitu buntu
Memberi satu jalan destinasi rindu
Memberi diri ini perhentian yang ditunggu

Kamu
Benar aku kini keliru
Benar aku kini diantara dua penjuru
Kerna takutkan akan sisa-sisa peluru
kan kembali menusuk kalbu
Kan kembali meretakkan mahligai syahdu
Sama seperti dulu

Kamu
Ku cuba percayai destinasi rindu
Yang ingin dibina bersama dirimu
Yang cuba memulihkan apa yang terbuku
Yakni kisah lama yang tidak lagi membantu

Kamu
Ku harap istana ini dalam restu
Ku harap mahligai ini kukuh bersatu
Agar kasih kita terpaut azimat yang satu
Membina impian destinasi baru
Destinasi indah yang diimpikan dulu
Destinasi Rindu

Wednesday, January 11, 2012

Ketahuilah


Setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan tidak kira kecil ataupun besar kesilapan itu, ianya akan diterima seandainya diri setiap insan bergelar manusia itu benar-benar bertaubat dan tidak melakukan kesilapan itu lagi. Disini aku ingin kongsikan beberapa ayat dan kata-kata yang telah aku baca dalam buku, "Dasyatnya Taubat Nasuha". Ianya sebuah buku koleksi cerita ataupun himpunan kisah-kisah insan yang telah mendapat hidayah Allah S.W.T.

Kembali kepada Allah mengikut Al-Quran

1. Allah berjanji menerima sesiapa sahaja yang mahu kembali kepadaNya. Allah berkata melalui surah Asy-Syura ayat 25 yang bermaksud, "Dan Dia yang menerima taubat hamba-hamba Nya serta memaafkan kejahatan-kejahatan, dan Dia mengetahui segala apa yang kamu semua kerjakan."

2. Allah sentiasa memberi peluang kepada mereka yang mahu kembali kepadaNya. Allah berkata melalui surah az-Zumar ayat 53 yang bermaksud, "Katakanlah wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri, jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dia juga yang maha pengampun, lagi maha mengasihani."

Kembali kepada Allah mengikut cara Nabi

1. Nabi Muhammad S.A.W berkata dalam hadis yang direkodkan oleh Muslim, "Wahai manusia, kembali kepada Tuhan dan minta kemaafan daripadanya. Sebab aku juga kembali kepada Tuhan setiap hari dengan meminta keampunan sebanyak 100kali."

2. Nabi Muhammad S.A.W berkata lagi dalam hadis yang direkodkan oleh Muslim, " Tuhan sentiasa memberikan peluang kepada manusia kembali kepadaNya pada setiap waktu malam, supaya manusia yang melakukan kesilapan pada waktu siang dapat kembali kepadaNya. Tuhan juga memberikan peluang kepada manusia kembali kepadaNya pada waktu siang supaya manusia yang melakukan kesilapan pada waktu malam dapat kembali kepadaNya. Peluang kembali kepada Tuhan ini terus terbuka selagi matahari tidak timbul dari barat."

Saturday, January 7, 2012

Mentor Wanita


Aku punya mentor wanita
Berpewatakan sangat ceria
Bersikap serba sederhana
Yang dalam itu ada tegasnya

Aku punya mentor wanita
Senyuman diukir begitu istimewa
Matanya memandang sini sana
Lalu bersuara, "MANUAL IN" semua

Aku punya mentor wanita
Dihatinya sudah ada jejaka
Dijiwanya sebuah ladang dibina
Dengan insan amat istimewa

Aku punya mentor wanita
Yang membantu setiap detik dan ketika
Menegur memperingat semua
Agar menjaga ACW, HOLD, AHT segala

Aku punya mentor wanita
Cara kerja mengagumkan semua
Pasti akan menjadi idola
Untuk terus berusaha

Aku punya mentor wanita
Brsikap sporting rileks ja
Dalam kerja 110% komitmennya
Demi menjadi insan berjaya

Aku punya mentor wanita
Yang punya ketenangan jiwa
Dalam mengajar kami mengenali erti kerja
Dan terus meningkatkan usaha

Aku punya mentor wanita
Hanya satu puisi nukilan jiwa
Untuk seorang mentor berjasa
Tidak mampu ditandingi dengan harta

Aku punya mentor wanita
Hanya puisi bukan bodek segala
Tidak aku melimpahkan keindahan kata bicara
Hanya ikhlas dari diri ini seorang insan biasa

Nokhtah Cinta


Disini pengakhirannya
Disini tidak lagi bermula
Namun bukan penamat segala
Sekadar meluahkan apa dirasa

Jiwang bukan hasratku
Pasrah menjadi igauan diri
Mungkin inilah penentu
Jua ketentuan Illahi

Setiap pertemuan berlaku perpisahan
Antara setiap kejadian dan ciptaan
Sekadar berkongsi perasaan
Dimasa jua waktu kelapangan

Kini aku cuba mengimbas kembali
Saat penentu cinta itu sendiri
Dikala waktu cemburui diri
Dirimu tidak lagi disisi

Bukan diriku tidak menerima
Saat berlakunya nokhtah cinta
Hanya berserah pada Yang Esa
Meneruskan hidup tiap ketika

Saat bersama tidak ku lupa
Pertemuan pertama menggamit diminda
Saat jelingan mu yang mempesona
Tika senyumanmu buatkan jiwa ini bergelora

Kini sudah hilang segala
Kini ketiadaanmu yang ku rasa
Cintamu masih mekar disinggahsana
Dan akan akan terus bersemadi dalam jiwa

Mata

Matanya
Pernah buatkan diriku ceria
Pernah buatkan diriku bahgia
Tidak mungkin diriku lupa
Tidak pernah diri ini mendusta

Matanya
Buatkan kenangan lalu kembali di jiwa
Buatkan diriku kembali meronta
Cuba mencari erti bahgia
Mencari semula gembira

Matanya
Kini menjadi buruanku
Kini tidak lagi ku tunggu
Hanya dirimu menjadi pujaanku
Setiap ketika dan waktu

Matanya
Jelingan manja tersemat di sanubari
Jelingan yang pastinya sukar dicari
Tidak mungkin punya pengganti
Tidak mungkin ku lupai

Matanya
Jelas mampu buatku tersenyum sendiri
Jelas mampu menakhuk hati ini
Yang pastinya tidak lagi sunyi
Bila menatap wajahmu yang abadi

Pandangan Pertama

Pandangan Pertama

Ianya begitu mempesona
Ayunya tiada terhingga
Sehingga diri ini tidak lena
Bila teringatkan pandangan matanya

Ianya begitu mempesona
Jelingan yang menusuk jiwa
Tiada apa dapat ku sangka
Tiada yang lebih beharga

Ianya begitu mempesona
Menggamit seluruh jiwa raga
Membuat hati ini memberonta
Untuk cuba mengeluarkan kata-kata

Ianya begitu mempesona
Sampai tidak terucap kata bicara
Terkelu lidah memutar kata
Bila terpandang akan dirinya

Ianya begitu mempesona
Begitu indah pandangan mata
Membuat hati ini membara
Jiwa membakar cuba bertanya

Ianya begitu mempesona
Ingin aku mula mengenalinya
Begitu indah pandangan pertama
Begitu istimewa

Ianya begitu mempesona
Hingga diri ini tidak tahu berbuat apa
Ada sahaja serba tidak kena
Adakah ini namanya cinta

Ianya begitu mempesona
Tingkah lakunya tidak tergambar jua
Senyuman yang indah ikhlas darinya
Buatkan diri ini terpaut jua

Indah benar ciptaan manusia
Cantik tingkah laku dan paras rupa
Sungguh bertuah insan memilikinya
Ya Allah segala pujian padaMu juga...

Langkah baru di Tahun 2012

Mulakan Langkah Baru

Kini tahun baru kembali
Aku masih lagi begini
Masih seperti dulu lagi
Tiada perubahan ketara pada diri

Kini tahun baru datang lagi
Aku masih dengan cara tersendiri
Hidup perlu enjoy happy go lucky
Kerna ia punya keistimewaan sendiri

Kini tahun baru menjenguk lagi
Silih berganti masa itu pergi
Meninggalkan setiap tahun yang dilalui
Dengan pelbagai cerita peribadi

Kini ku meningkat dewasa setahun lagi
Dalam benak fikiran ini
Masih banyak perlu perbaiki diri
Agar aku mampu terus berdiri

Kini rakan-rakan seperjuangan bertukar ganti
Dulu masa kerja kini rezeki dicari
Tiada lagi buku exam untuk study
Cuma perkataan apa plan kita hari ini

Kini langkah baru diukir kembali
Agar kesilapan lalu tidak berulang lagi
Agar dapat belajar dari pengalaman diri
Untuk memotivasikan diri

Kini azam lama tetap ku teruskan
Tiada azam baru sebagai tambahan
Kerna cita-cita itu adalah impian
Yang suatu hari ku harap jadi warisan

Kini azam lama dengan semangat membara
Agar impian yang dibina sekian lama
Akan dapat direalisasikan jua
Dengan meneruskan segala daya usaha

Kini tiada lagi masa suka ria
Yang ada hanya untuk bekerja
Mengejar masa yang pantas sahaja
Menghilangkan setiap ketika

Kini bermula langkah baru
Jiwang masih peganganku
Hamas masih sentiasa di kalbu
Hidup ini ku harap dalam restu
Seorang insan ku gelar ibu
Restuilah daku