Pages

Wednesday, January 11, 2012

Ketahuilah


Setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan tidak kira kecil ataupun besar kesilapan itu, ianya akan diterima seandainya diri setiap insan bergelar manusia itu benar-benar bertaubat dan tidak melakukan kesilapan itu lagi. Disini aku ingin kongsikan beberapa ayat dan kata-kata yang telah aku baca dalam buku, "Dasyatnya Taubat Nasuha". Ianya sebuah buku koleksi cerita ataupun himpunan kisah-kisah insan yang telah mendapat hidayah Allah S.W.T.

Kembali kepada Allah mengikut Al-Quran

1. Allah berjanji menerima sesiapa sahaja yang mahu kembali kepadaNya. Allah berkata melalui surah Asy-Syura ayat 25 yang bermaksud, "Dan Dia yang menerima taubat hamba-hamba Nya serta memaafkan kejahatan-kejahatan, dan Dia mengetahui segala apa yang kamu semua kerjakan."

2. Allah sentiasa memberi peluang kepada mereka yang mahu kembali kepadaNya. Allah berkata melalui surah az-Zumar ayat 53 yang bermaksud, "Katakanlah wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri, jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dia juga yang maha pengampun, lagi maha mengasihani."

Kembali kepada Allah mengikut cara Nabi

1. Nabi Muhammad S.A.W berkata dalam hadis yang direkodkan oleh Muslim, "Wahai manusia, kembali kepada Tuhan dan minta kemaafan daripadanya. Sebab aku juga kembali kepada Tuhan setiap hari dengan meminta keampunan sebanyak 100kali."

2. Nabi Muhammad S.A.W berkata lagi dalam hadis yang direkodkan oleh Muslim, " Tuhan sentiasa memberikan peluang kepada manusia kembali kepadaNya pada setiap waktu malam, supaya manusia yang melakukan kesilapan pada waktu siang dapat kembali kepadaNya. Tuhan juga memberikan peluang kepada manusia kembali kepadaNya pada waktu siang supaya manusia yang melakukan kesilapan pada waktu malam dapat kembali kepadaNya. Peluang kembali kepada Tuhan ini terus terbuka selagi matahari tidak timbul dari barat."

No comments:

Post a Comment