Pages

Tuesday, November 22, 2011

Bukan Sifatku


Antara kita kini tiada lagi
Musnah sudah segala janji
Hancur berkecai satu mahligai
Hilang tiada seri

Sudah lama kita bersama
Mengharung suka dan duka
Namun dirimu tetap serupa
Tidak mengendahkan segala bicara

Bukan aku cuba mengubahmu
Bukan aku cuba mengatur hidupmu
Bukan aku cuba mengongkong kamu
Namun aku cuba mendorongmu
Namun aku cuba membimbingmu
Agar kita terus bersama dalam "restu"


Itu bukan sifatku
Untuk memarahi dirimu
Untuk meninggi suara di hadapanmu
Untuk menipu kamu, sayangku
Namun aku terpaksa begitu
Agar kita kukuh bersatu
Agar lebih memahami hukum alam, sayangku

Kini dalam terpaksa
Aku perlu redha
Mungkin disini pertemuan kita
Hingga kini sahaja jalinan dibina

Kini dalam kecewa
Aku kuatkan juga
Agar dirimu tahu erti muhasabah cinta
Agar istana dibina direstuiNya

Bukan aku tak cinta
Namun ku tuntut perubahan kita berdua
Agar saling memahami untuk bersama
Bukan aku mengalah setiap kali berlaku sengketa

Mengertilah sayangku
Aku juga rindu
Namun ini untuk kebaikan kau dan aku
Untuk berpisah dan lebih mengenali sifatku

Friday, November 18, 2011

Selamat Hari Lahir En Najib


Tiada hadiah mahal mampu ku beri
Kerna sekarang belum lagi gaji
Tiada kata istimewa dapat ku bagi
Hanya pantun untuk En. Najib Ghani

Selamat hari lahir dari SB
Ikut serta Batch 226B
Moga panjang umur murah rezeki
Dan ceria selalu setiap hari

Banyak ragam bila bicara
Tika senyum terpikat wanita
En Najib disegani semua
Tak percaya? tanyalah mereka

Dalam ketawa serius juga
Dalam memandang tersemat makna
Hanya fatal yang dirisaukannya
Untuk budak 226B juga

Aksi di tiang gagal ditiru
Dalam diam gambar ditangkap satu persatu
Boleh lah digelar sifu
Mengambil gambar acara nombor satu

Belum aku cerita lagi
Hebatnya En Najib sebagai trainer kami
Ini tak masuk soal peribadi
Just nak semua happy

Pandai berenang tiada tandingan
Andai bertanding, habis santapan
Tak dapat rasanya nak cari makan
Kerna En Najib hebat kuakan

Ayat paling menggerunkan aku
Rasanya satu kelas juga berbulu
"mailah duduk di sini dulu"
Untuk aksi roleplay dahulu

En Najib masih muda
Katanya, "baru 18tahun sahaja"
Memang nampak dirinya tidak dimamah usia
Boleh kongsikan apa rahsia???


Bukan aku nak membodek pula
Aku tidak pandai menabur gula
Untuk trainer kami yang berwibawa
Harus dipuji atas kemahirannya

Mana ada yang tipu dusta
Semuanya benar betul belaka
Kalau tak percaya tanyalah semua
Budak 226B yang paling istimewa

Untuk En Najib selamat menambah usia
Tahun ini baru "19" sahaja
Moga terus happy dan ceria
Janganlah lupakan kami semua

Cukuplah itu sampai disini
Tak ada pula idea semua dah lari
Good luck untuk next week semua

Tahniah Ayub & Irma


Akhirnya bermula langkah pertama
Percintaan kamu diikat jua
Tahniah dari aku dan keluarga
Atas pertunangan Ayub & Irma

Kasih yang telah dibina
Atas impian mahligai cinta
Moga kalian bahagia
Di atas singgahsana

Cinta terukir sekian lama
Kisah cinta dari zaman diploma
Terus mekar bak kelopak bunga
Terus matang seiring usia

Atas persetujuan dua keluarga
Silaturrahim terus kukuh dibina
Ingatlah akan pancaroba
Agar menjadi pedoman di dunia

Tiada hadiah sebaik doa
Dapat ku kirim pada kamu berdua
Agar terus gembira
Dan lebih ceria

Penyatuan kamu berdua
Antara Ayub dan Irma
Moga kekal hingga akhirnya
Dan nikmati saat bahagia bersama

Cukup ku rasa sampai disini
Tahniah dari ku bernama Hafifi
Tenangkan jiwa lapangkan sanubari
Itu saja dari aku, "SB"
Akan bersambung sekali lagi
Bila kamu berkahwin nanti....

Friday, November 11, 2011

Erti persahabatan dalam hidup ini

Dunia kini berubah seperti fantasi
Semua nak disamakan dengan itu dan ini
Semua nak guna ayat-ayat gempak sekali
Hingga hilang satu identiti

Sahabat dan kawan di umpama bagai aur dan tebing
Cinta pula diumpama bagai lautan yang dalam
Adakah itu sekadar membuat bising
Atau benar ianya begitu dalam


Apa kata definisi kawan kita ubah seketika
Bukan dari segi maksud tapi dari makna
Kerna kawan begitu istimewa
Jadi tidak salah kita mencubanya


Berkawan biarlah macam pelbagai makanan
Jangan nak memilih persahabatan
Namun carilah persamaan
Bukannya banyakkan perbezaan


Berkawan biar macam KFC
Kawan Fahami Cahaya
Kawan adalah segala
Tempat meluahkan segala
Duka dan nestapa

Berkawan biar macam RFC
Rakan Fahami Curiga
Rakan adalah segala
Tempat kita berkongsi cerita
Gelak dan ketawa

Tapi mungkin itu definisi
Yang biasa diberi
Buat aku insan biasa dibumi
Berkawan biarlah seperti Maggi

Tiap saat dia bersama
Tiap ketika dia berada
Tidak kisah pagi atau malam jua
Dia tetap menemani kita

Walau poket kita sudah berisi
Tapi ia terus disisi
Senantiasa terus memerhati
Dan cuba memahami keadaan diri

Tika saat kita susah kembali
Budget pula sudah lari
Tapi dia masih disisi
Dan mula memberi
Tidak seperti rakan-rakan kini
Yang pastinya akan lari

Mungkin ia tiada nilai beharga
Tambah tika hujung bulan pula
Namun tidak pernah dia kecewa
Dan bermasam muka

Maggi senantiasa bersama
Andai kamu sedar atau sebaliknya
Dialah sahabat dikala kita berjaga
Untuk study ataupun bekerja

Maggi senantiasa kekal disisi
Tanpa rungutan diberi
Tidak seperti rakan-rakan kini
Yang berdoleh sana dan sini

Sebab itu bagiku kini
Berkawanlah seperti Maggi
Setiap saat terus memerhati
Dan membantu bila diperlukan lagi

Sebab itu bagiku kini
Maggi adalah teman sukar dicari
Kerna tiada yang dapat menandingi
Kasih sayang ia beri.........



Jika Masih Ada Esok Untuk Ku


Tenang hati dalam duka
Tenang diri bila ditanya
Kerna aku insan biasa
Tidak pula punya harta berjuta

Kasih aku bukannya dusta
Enggan diriku samakan bintang dilangit sana
Enggan aku bersaksikan bulan yang tiada mata
Kerna perbuatan aku bukti segala

Dirimu minta ku lupakan saja
Impian yang dibina sekian lama
Dirimu minta ku cari pengganti di jiwa
Namun sedarkah, dirimu sudah lama memegang takhta

Mana mungkin aku lupa
Mana mungkin aku tidak kecewa
Mana mungkin aku tidak terluka
Tapi dirimu senantiasa kan bersama
Tapi kenangan lalu hidup megah bukan dialam nyata
Tapi dorongan darimu tidak akan ku putus asa

Ikhlas dariku mulakan bicara
Kenangan bersamamu indah semua
Hingga saat-saat akhir bahagia
Kerna kita dipisahkan atas kehendak keluarga

Dirimu akan terus berada di singgahsana
Dirimu punya senyuman menawan jiwa
Dirimu punya kesopanan yang dicari jejaka
Dirimu punya keayuan yang tiada tandingannya
Dirimu punya kelembutan mengalahkan sutera
Izinkan aku terus mengingati kenangan kita berdua

Masih adakah besok untuk ku
Andai aku hidup dengan kenangan lalu
Masih adakah ruang buat diriku
Andai aku terus menunggu dirimu

Jika masih ada waktu
Jika masih belum ditentu
Aku ingin terus menunggu
Dari mencari pengganti dirimu

Ku harap jika besok masih ada
Dirimu kan kembali disisi
Ku harap jika besok masih bernyawa
Dirimu kembali menjadi permaisuri

Aku akan terus menanti
Aku tidak akan mencari
Biarlah masa dibawa berlari
Biarlah apa pun yang terjadi
Kerna aku harap dirimu mengerti
Kerna aku inginkan dirimu menjadi permaisuri
Disinggahsana tidak seberapa ini
Jika esok masih ada lagi
Jika esok masih ku mampu berdiri
Jika esok aku masih merindui
Jika esok aku kekal di bumi
Yang dipinjamkan Illahi

Wednesday, November 9, 2011

Tahniah Naim & Mell


Tiada hidup lebih gembira
Selain dapat hidup dengan si dia
Pada Naim dan Mell pula
Tahniah untuk kalian berdua

Tiada hadiah mampu ku berikan
Pada kalian berdua bakal di sandingan
Hanya butir-butir puisi tanpa segan
Yang mampu aku hadiahkan

Ukhwah terjalin kini sampai masa
Akhirnya hari dinanti tiba jua
Kasih kalian ku harap kekal selamanya
Moga bahagia dan terus ceria

Cinta kamu kini kan bersatu
Kasih yang dicurah kini melimpah
Akhirnya akan tiba juga waktu
Tunggulah perkataan keramat yakni "SAH"

Hidup ini banyak dugaan
Tambah pula dalam perkahwinan
Moga kamu berdua terus ukir senyuman
Kerna senyuman kamu tiada tandingan

Tika mempelai sudah berseri
Senyuman tiada tandingan lagi
Jangan duk ketaq lutut nak berdepan tok kadi
Buat Naim kuatkan semangat dan jati diri
Yakin boleh apa yang dipelajari
Tenang dan lapangkan hati

Hati mana yang tak berdebar
Bila tok kadi bertentang rupa
Moga Naim dapat bersabar
Doa ku harap kamu bahagia


Dari aku yang dirantau orang
Hanya ucapan pengganti badan
Harap kamu ceria riang
Dan bahagia sepanjang perjalanan

Maaf aku minta harap diizinkan
Kerna tak dapat bersama meraikan
Hari bahagia kamu sebagai rakan
Kerna masa tidak mengizinkan....


Buat Naim & Mell
Semoga Bahagia hingga akhir hayat

Dari SB @ Hafifi.........

Salam Perpisahan wat Yati dan Nadia


Pertemuan dan perpisahan
Itu dah jadi adat setiap kehidupan
Akan ada ketawa kegembiraan
Nescaya akan hadir juga tangisan

Walaupun ianya singkat sahaja
Walaupun ianya hadir seketika
Namun ku harap kamu berdua percaya
Kenangan ini tidak mampu ditelan masa

Tawa juga air mata
Senyuman yang menggamit jiwa
Mana mungkin akan kami lupa
Kerna ianya hadir dalam diri jua

Percayalah sahabatku berdua
Buat Yati juga Nadia
Ikatan ukhwah yang telah terbina
Silaturrahim yang telah dijalin bersama
Akan kekal sebagai satu kenangan beharga
Dan amat istimewa

Percayalah sahabatku berdua
Kami Batch 226B akan merindui kalian jua
Kerna sahabat bukan ikatan mudah dibina
Dan tiada nilainya
Dan tiada harganya
Dan tiada penggantinya

Percayalah kamu berdua
Kami Batch 226B akan teingat nostalgia lama
Bila sesekali terkenang kisah lama
Tika menunai "Janji Nadia"
Juga tika "budu dipesan dibuat kuah pula"
Saat itu amat beharga
Buat kita semua
Batch 226B walau dimana berada

Percayalah kamu berdua
Walau kamu tidak lagi bersama
Kamu tetap hidup di jiwa
Meneruskan perjuangan hingga kita berjaya
Kerna kita harus percaya
Akan ada rezeki yang pertemukan kita juga
Walau berbeza tempat bekerja
Walau berbeza waktu dan masa
Namun kita tetap sama
Dan kami harap kamu berdua berjaya
Good luck dari SB untuk Yati dan Nadia
Teruskan perjuangan hingga kalian berjaya