Pages

Friday, June 2, 2017

Tidak Pernah Meletak Curiga,

Ku tidak pernah meletak curiga, 
Kerna bagiku semua sama,
Kerna tujuan dan cita2,
Kerna pelbagai usaha dan cara,
Kita ingin menakhlukinya bsama.. 

Ku tidak pernah meletak curiga,
Kerna zahirnya matlamat kita serupa,
Bertikam lidah itu perkara biasa,
Berbeza pendapat bukan luar biasa,
Kerna kita juga ingin bjaya... 

Ku tidak pernah meletak curiga,
Walau siapa kamu di satu ketika,
Kerna bagiku perjuangan ini besar makna,
Perjuangan tiada penghujungnya,
Dan yang penting terus berusaha... 

Ku tidak pernah meletak curiga,
Andai dibelakangku adalah pmangsa,
Andai dibelakangku telah bersedia,
Menghulurkan pisau mahupun snjata,
Menikam untuk terus kekal bjaya... 

Ku tidak pernah meletak curiga,
Bukannya aku tidak merasa,
Bukannya juga tidak berwaspada,
Bukannya aku tidak bersedia,
Tapi kerna matlamat tak pernah menghalalkan cara😁

No comments:

Post a Comment