Pages

Friday, June 2, 2017

Terima Seadanya

Terima seadanya,
Satu ungkapan yang nampak biasa
Satu bicara yang besar dijiwa,
Satu kata yang terlalu istimewa,
Tapi mampukah diterjemah jua... 

Terima seadanya,
Ianya tidak mudah dilaksana,
Ianya tidak mudah dikota,
Ianya tidak mudah sebenarnya,
Kerna kini ada yang memendam rasa... 

Terima seadanya,
Sukar pabila ada yang xkena dek mata,
Sukar pabila ada yang xselesa,
Sukar pabila ada yang enggan bicara,
Lalu mngambil keputusan bisu tanpa suara.. 

Terima seadanya,
Ku tahu laluan berliku pilihan kita,
Ku sedar ku hanya insan biasa,
Ku fahami akan setiap bahasa tubuh jua,
Kerna aku serba tidak sempurna... 

Terima seadanya,
Langkahan gemuruh di jiwa,
Langkahan dengan seribu satu rasa,
Langkahan yang ku gagahi jua,
Untuk cuba menggapai cinta... 

Terima seadanya,
Ramai mula bertanya keputusannya,
Ramai mula ingin bicara tentangnya,
Ramai ingin tahu bagaimana,
Tapi ku xmahu patahkan mood sesiapa.

Terima seadanya,
Mungkin ini kerna ada rakanku yg bahagia,
Yang dulunya support sntiasa,
Ku xnak dia tersentak jua,
Lalu lebih baik memendam rasa... 

Terima seadanya,
Kerna ada sorang akak menghitung msa,
Kerna ingin datang ke utara,
Kerna ingin raikannya bsama,
Lalu aku terus pendamkan sahaja... 

Terima seadanya,
Kerna ada bff selamanya,
Yang memerhati n cuba menterjemah jua,
Apa yang kini ku pikul n rasa,
Lalu kelu lidah ini membicara... 

Terima seadanya,
Satu yang ku harapkan diterima,
Walaupun hakikatnya tidak sama,
Lalu ku menelan pahitnya di dada,
Agar tiada yang ketahui apa2... 

Terima seadanya
Kerna aku sorang insan biasa,
Kerna aku banyak kekurangannya,
Kerna aku hanya ingin merasa bahagia,
Walaupun hanya seketika... 

Terima seadanya,
Maaf andai luahan ini kamu terasa,
Maaf andai bicara ini tidak seberapa,
Maaf andai menyusahkan sesiapa,
Kerna aku hanya ingin berkongsi jua....

No comments:

Post a Comment