Pages

Thursday, September 29, 2011

Telatah Jejaka

Bila Farhan terlalu diam
Din disebelah duduk tidak tenang
Satu kelas terasa suram
Hilang seri dalam padang


Bila Rahman fokus sahaja
Terasa Amir terus bermula
Dua genius tiada tandingannya
Budak bijak penuh ilmu didada


Bila Azri mula berlakon
Bakat terserlah dari jiwa
Rugi yang tidak menonton
Tak dapat tiket cuba lagi ya


Aiman asyik membelek peta
Cari jalan entah ke mana
Awek dicari jauh pula
Siapa sudi jadi penemannya


Leader asyik main game aja
Kalah menang lain bicara
Si Faizal watak bersahaja
Seorang yang gila-gila


Qad dan aku tenang ja
Sambil memerhati kami ketawa
Melihat gelagat telatah mereka
Bolehlah aku bekarya

No comments:

Post a Comment