Pages

Saturday, September 24, 2011

Ingatilah Kelas Kami


Tiada apa mampu kami beri
Seminggu terasa begitu cepat pergi
Ukhwah dibina harap kekal abadi
Hingga saat kubur kata mari

Dalam kelas sume orang happy
Gelak ketawa sana sini
Menyakat dah jadi tradisi
Maklumlah sume belia muda mudi

Mereka gelar aku SB
Duk serumah Aiman dan Qadri
Dari utara kami mai sini
Cuma nak cari sumber rezki

Ada juga otai kelas ini
Farhan dan Faizal nama diberi
Buatkan kelas tak kering gusi
Hingga aku geleng sendiri

3 jejaka lain cerita
Dalam kelas diam bersahaja
Antara Azri, Rahman dan Amir jua
Semua masih single belum berpunya

Abang Long gelaran diberi
Dari Kinabalu terbag ke sini
Lawrance tuan punya diri
Selalu tersenyum setiap hari

Ini pula suara macam penyanyi
Salah dengar ada tak dapat cari rezeki
Orang panggil Din namun bernama Rafie
Seorang yang sentiasa happy

Ini pula kisah puteri-puteri kelas kami
Macam-macam ragam pelbagai ciri
Sume dah boleh wat calon isteri
Matang-matang dan berdikari

Dengan Marina kita mulai
Time makan selalu sendiri
Bila ketawa merahnya pipi
Seorang yang punya wawasan diri

Jannah seorang baik pekerti
Dipanggil akak oleh Ain sendiri
Mereka berdua rapat sekali
Bagai kuku dengan isi

Ada juga susah nak dengar suara
Sekali bersuara banyak ideanya
Mungkin mereka lima bersaudara
Fieyra, Yati, Naniey, Eka dan Nadia

Diana dan Asma pula yang istimewa
Peramah dan pandai menutur kata bicara
Buatkan semua terpaku dengan telatah keduanya
Hingga kelu lidah bersuara

Kepada trainer yang bijaksana
Janganlah lupakan kami pula
Doakan agar kami juga berjaya
Menggapai impian dan cita-cita

Sir Fahmi sporting ceria
Setiap kelas ada tawanya
Maaf dipohon ampun dipinta
Andai ada yang tak kena

Kelas kami memang begini
Dalam diam ubi ada isi
Harap kita berjumpa lagi
Dan ukhwah dibina kekal abadi

No comments:

Post a Comment