Pages

Thursday, September 22, 2011

I-SMART

Tika ini aku merindui
Saat bersama tidak mungkin ku lupai
Walau sementara bagai tempat disinggahi
Kenangan bersama tetap bersemat disanubari

Tika ini ku tersenyum sendiri
Terkenang gelagat menghibur hati
Dari mula ku melangkahkan kaki
Hingga aku berlalu pergi

I-SMART pencetus inspirasi
Alusi Dinamik nama diberi
Di Shahab Perdana megah berdiri
Tersergam kukuh mengaum di bumi

Terkenang aku pada kak akauntan (Kak Ain) disana
Pelbagai kerja diligan masa
Namun senyuman tiada penggantinya
Seorang rakan sekerja yang istimewa

Berbual bersama bertukar bicara
Buatkan banyak ilmu yang aku peroleh juga
Terima kasih abang Amirul atas segala jasa
Sampai waktu kan ketemu jua

Buat bos yang sporting gila
En. Nasim maaf saya pinta
Andai ada tersilap kata
Juga tersalah perbuatan jua

Harap tidak lupakan saya
Pada akak, abang dan bos juga
Doakanlah saya sentiasa
Agar ada jodoh kita ketemu jua...

No comments:

Post a Comment