Pages

Friday, September 23, 2011

BATCH 226


Bermula kehidupan aku disini
Dengan sahabat Aiman dan Qadri
Punya susah rumah dicari
Akhirnya menetap di Saujana ini

Sudah berlalu seminggu latihan
Jalan sesak adat Metropolitan
Namun kami masih tak ingat jalan
Kadang tersesat mencari haluan

Habis juga dua ujian
Soft skill yang penuh debaran
Terima kasih aku ucapkan
Pada Sir Fahmi trainer pencetus impian

Dalam kelas ku punya ramai teman
Bukan jantina menjadi ukuran
Yang penting mempunyai satu harapan
Terus kekal menyahut cabaran

Dahla ada pelbagai watak dan ragam
Bagai adik_adik kecil yang dah besar panjang
Kekadang itu terlihat juga ada yang muram
Buatkan aku tidak senang sebagai seorang abang

Kelas ini aku banggakan
Suka duka ceritanya dalam ingatan
Buat aku tersenyum bila memikirkan
Terima kasih rakan dan teman

Batch 226 kelas Sir Fahmi teruskan ke hadapan
Bergerakla kita dalam pasukan
Kekuatan ini kita kukuhkan
Walau di mana berada tunaikanlah impian

Moga maju jaya untuk semua Batch 226 terutama sekali BATCH 226 kelas Sir Fahmi untuk Soft Skill ya...

No comments:

Post a Comment