Pages

Thursday, November 1, 2018

Langkah ini Tidak Lagi Sama

Langkah ini tidak lagi sama,
Dalam perjuangan hidup dunia,
Dalam meniti tiap ketika,
Dalam mencari cara dan makna,
Bagi menggapai cita-cita...

Langkah ini tidak lagi sama,
Mungkin jua sudah dimamah usia,
Mungkin jua sudah ditelan arus masa,
Mungkin jua sudah kurang tenaga,
Dalam meniti perjalanan tanpa daya...

Langkah ini tidak lagi sama,
Bagai onak duri yang melanda,
Bagai kaca dan permata yang dijumpa,
Bagai kecewa dan gembira yang dirasa,
Namun diteruskan jua...

Langkah ini tidak lagi sama,
Sudah berbeza jalannya,
Sudah berbeza caranya,
Sudah berbeza gayanya,
Agar ianya tetap teguh melangkah jua...

Langkah ini tidak lagi sama,
Sudah mula ada yang gugur di medannya,
Sudah mula ada yang pasrah kecewa,
Sudah mula ada yang berpaling jua,
Maka yang tinggal hanya sang pujangga...

Langkah ini tidak lagi sama,
Kerna medan membezakan kita,
Kerna medan menjarakkan semua,
Kerna medan bukanlah punca utama,
Namun tetap menjadi tanda tanya...

Langkah ini tidak lagi sama,
Aku sudah beberapa kali terhenti juga,
Aku sudah beberapa kali derita,
Aku sudah beberapa kali pasrah kepadaNya,
Kerna aku hanyalah seorang manusia...

Harapan itu Terlalu Tinggi

Harapan itu terlalu tinggi,
Hingga tak mungkin dikecapi,
Hingga kekadang memakan diri,
Namun tidak akan kamu sendiri,
Ada yang sedang memerhati...

Harapan itu terlalu tinggi,
Dengan keringat yang jatuh ke bumi,
Dengan darah yang masih mengalir hingga ke kaki,
Dengan lafaz yang tidak bisa disangkal lagi
Diletakkan ianya tinggi agar usaha itu berbaloi nanti...

Harapan itu terlalu tinggi,
Namun menyerah jangan sekali,
Walau rebah bangun kembali,
Walau disergah tetap berdiri,
Tidak ku melatah dengan tin kosong yang berbunyi...

Harapan itu terlalu tinggi,
Bagai tiada ruang buat diri sendiri,
Bagai tiada masa untuk berlengah lagi,
Bagai tiada istilah rehat yang dikenali,
Kerna perjuangan ini bukan untuk diri ku lagi...

Harapan itu terlalu tinggi,
Terletak di bahu kanan dan kiri,
Difikirkan dari hari ke hari,
Diusahakan dari pelbagai segi,
Kadang hadir jua rasa lemah diri...

Harapan itu terlalu tinggi,
Untuk dibawa terus memecah hari,
Untuk diperjuangkan tika ini,
Untuk diperlihatkan hasil nanti,
Maka aku mengundur diri...

Harapan itu terlalu tinggi,
Lalu aku terhenti disini,
Sudah penat dengan apa yang dilalui,
Sudah hilang semangat itu ke bumi,
Dan izinkan aku kini bersendiri....

Saturday, July 28, 2018

Aku Bagaikan Tempat Lepaskan Segala

Aku bagai tempat melepaskan segala,
Tanpa sikit pun bertanya,
Tanpa sikit cuba merasa,
Tanpa sikit melihat beberapa perkara,
Yang diri ini alami jua...
Aku bagai tempat melepaskan geramnya,
Tanpa ku mengerti mengapa,
Tanpa ku fahami keadaannya,
Tanpa mengerti apa itu rasa,
Namun aku di hentak dan di pukul tak semena..
Aku bagai tempat melepaskan kecewa,
Tanpa ku fahami ceritanya,
Tanpa ku mampu berkata-kata,
Tanpa ku mampu menenangkan dirinya,
Aku hanya diam tanpa suara...
Kadang aku juga gembira,
Tika dia berkongsi nikmat bahagia,
Tika dia berkongsi cerita hariannya,
Tika dia berkongsi dengan caranya,
Aku gembira menjadi pendengar setia...
Aku kini mungkin sudah tiada guna,
Setelah banyak peta ukiran darinya,
Setelah banyak bau kurang menyenangkannya,
Setelah dia miliki segalanya,
Lalu ku dibuang begitu sahaja...
Aku tetap menjadi diriku juga,
Menghitung masa hingga ke akhirnya,
Kerna diriku cuma bakal menghabiskan sisa,
Kerna diriku hanya menggamit kenangan bersama,
Akulah "bantal busukmu" yang tak bernyawa...

Monday, April 23, 2018

Parut Lama

Hilang kambing dalam gua,
Dicari pengembala sini sana,
Tak rasa boleh cerita,
Yang merasa tau sengsara...

Masuk pengembala untuk mencuba,
Mencari andai ada berjumpa,
Luka lama berparut semula,
Mana mungkin akan sama...

Dicari kambing terjumpa harta,
Ingin dibawa pulang gundah gulana,
Tak kan ku biar kembali derita,
Kerna ku fahami akan pahitnya...

Tika pengembala sedang mengira,
Datang satu Jin lalu menjelma,
Walau berdarah kembali di jiwa,
Ku perlu cekal berdiri berusaha...

Akulah RABU diberi nama

Laungan itu terus bergema,
Daripada Borneo ke Utara,
Namaku terus popular di media,
Aku lah RABU diberi nama...

Pelbagai reaksi dan cerita,
Tetiba namaku dibibir semua,
Aku pun hairan tak terkata,
Kenapa aku dipilih juga...

Bagai termenung di jendela,
Memikirkan nasibku serupa panda,
Adakah RABU disalahkan juga,
Kerna hakikatnya ku tak mengerti mengapa...

Hari ini hari Rabu
Masih di ofis ddk termanggu
Memikirkan peti undi yg menunggu
Jawapannya hanya kita yg tahu...

Awalnya fikirkan peti undi,
Sedangkan masih di ofis lagi,
Baliklah membuang undi,
Agar tiada kesalan nanti...

Takkan ada kesalan di hati
Turun mengundi di kawasan sendiri
Tak perlu jauh untuk pergi
Setakat wangsa maju naik LRT...

mudahnya kemudahan kini,
Blh naik LRT ada juga MRT,
Bsamalah turun mengundi,
Agar selesa kmudian hari...

Hari mengundi hari yg dinanti,
Agar tiada kesalan di hati,
Hanya satu tekad yg pasti,
I want to save my country...

Hari Mengundi jangan x perasan,
Tempat buang undi selalunya disekolah,
Cuti dimohon diberi pelepasan,
Jangan lupa, Ucaplah Syukur Alhamdulillah...

tagline save my country mula bbunyi,
tika kempen online meresapi,
jgn kita hina dan maki,
tiada matlamat halalkan undi...

andai ada sudah pelepasan,
jgnlah lupa tunaikan kewajipan,
untuk kita di masa hadapan,
juga anak2 yg bakal dilahirkan...

Bahang kian Terasa

Bahang itu makin terasa,
Pabila di kedai kopi rancak bicara,
Terkedu aku seketika,
Tika diajak berbual bersama...

Hujah diberi itu dan ini,
Rancak sambil meneguk kopi,
Ku tolak ajakan bukan tak peduli,
Tapi ku masih ada pendapatku sendiri...

Dalam bicara adanya adab sopan,
Adat dipegang zaman berzaman,
Napa perlu adanya penghinaan,
Juga kata-kata makian...

Jangan suka menyelak pakaian,
Takut terselak benda yang lain,
Walau berbeza antara pandangan,
Hormatilah juga orang lain...

Tiada matlamat halalkan kata,
Tiada makian boleh diterima,
Berjuanglah secara adil dan saksama,
Itukan lebih mulia...

Sunday, April 1, 2018

Aku Mula Memegang Pena


Aku mula memegang pena,
Tika kaki ini tidak lagi berdaya,
Tika ramai katakan ianya satu bala,
Tika ramai beranggapan setakat itu saja,
Bagiku ianya anugerah dariNya...

Aku mula memegang pena,
Saat baringku tiada apa-apa,
Saat ingin meluahkan apa dirasa,
Saat itu ku rasakan tiada siapa,
Lalu pena dan kertas menemani jua...
Aku mula memegang pena,
Masih segar masa itu diminda,
Masih terimbau kenangan dan masa,
Masih terasa kesakitannya,
Dengan pena semuanya bermula...

Aku mula memegang pena,
Masa itu pelbagai idea muncul diminda,
Masa itu ku ingin berkongsi bersama,
Masa itu ku merasa kosong dijiwa,
Kerna masa itu ku rasakan tiada siapa-siapa...

Aku mula memegang pena,
Ukiran pantun dan seloka,
Ukiran puisi nusantara,
Namun ku hanya memegang pena,
Tidak rajin untuk membaca...