Pages

Sunday, April 1, 2018

Aku Mula Memegang Pena


Aku mula memegang pena,
Tika kaki ini tidak lagi berdaya,
Tika ramai katakan ianya satu bala,
Tika ramai beranggapan setakat itu saja,
Bagiku ianya anugerah dariNya...

Aku mula memegang pena,
Saat baringku tiada apa-apa,
Saat ingin meluahkan apa dirasa,
Saat itu ku rasakan tiada siapa,
Lalu pena dan kertas menemani jua...
Aku mula memegang pena,
Masih segar masa itu diminda,
Masih terimbau kenangan dan masa,
Masih terasa kesakitannya,
Dengan pena semuanya bermula...

Aku mula memegang pena,
Masa itu pelbagai idea muncul diminda,
Masa itu ku ingin berkongsi bersama,
Masa itu ku merasa kosong dijiwa,
Kerna masa itu ku rasakan tiada siapa-siapa...

Aku mula memegang pena,
Ukiran pantun dan seloka,
Ukiran puisi nusantara,
Namun ku hanya memegang pena,
Tidak rajin untuk membaca...

No comments:

Post a Comment