Pages

Wednesday, September 1, 2021

Malaysia Prihatin

 Malaysia Prihatin,

2 tahun kita masih dilanda badai segala,

2 tahun bagai diduga tanpa hentinya masa,

2 tahun bagai tidak sempat untuk menghela nafas jua,

Namun dapat dilihat keperihatinan sesama kita...\


Malaysia Prihatin,

Saat kita bakal menyambut Merdeka,

Saat ini jangan sesekali kita alpa,

Kerna kita perlu jaga keluarga besar kita,

Keluarga Malaysia...


Malaysia Prihatin,

Perjuangan barisan hadapan masih lagi ada,

Perjuangan menentang COVID-19 belum temui penamatnya,

Perjuangan masyarakat menerima norma baru juga,

Agar kita mencapai kemenangan di satu masa...


Malaysia Prihatin,

Bukan sekadar laungan kata,

Bukan sekadar manis mulut bicara,

Bukan sekadar memetik satu slogan kata,

Namun ianya terbukti dengan perbuatan kita...


Malaysia Prihatin,

Pelbagai kata semangat dizahirkan semua,

Pelbagai tanda pagar diluahkan di media massa,

Pelbagai istilah untuk terus cekal jiwa,

Yang paling utama #KitaJagaKita...


Malaysia Prihatin,

Semua perlu teruskan usaha,

Perlu membantu sesama kita,

Agar dapat mengatasi detik getir bersama,

Dan nikmatnya dikongsi setiap pelusuk negara...


#KeluargaMalaysia

#MalaysiaPrihatin

#KitaJagaKita

No comments:

Post a Comment