Pages

Tuesday, January 31, 2012

Berpecah bukan bererti berpisah


Berpecah bukan bererti berpisah
Kerna kita berkongsi sebuah kisah
Yang mungkin akan luput ditelan sejarah
Lalu kita imbas dan mengukir senyuman pasrah
Kita telah berkongsi dengan tabah
Mengharungi setiap saat senang dan susah
Ada juga tika kita semua serba salah
Kerna ianya begitu payah

Berpecah bukan ertinya berpisah
Tidak kan mengalir airmata darah
Tidak kan terukir perasaan marah
Setiap detik kan terus dilalui dengan pasrah
Selaku hamba kepada Allah
Yang terus hidup dengan satu kalimah

Berpecah bukan ertinya berpisah
Wira wirawati pastinya berjuang dengan gagah
Menghadapi onak duri pelbagai arah
Dengan kekuatan minda tiada rasa gelisah
Walau sekali pantai berubah
Walau bandar ini dilanda BAH
Namun kita kan terus melangkah
Selaku yang hidup sebagai khalifah

Berpecah bukan ertinya berpisah
Terus ukir senyuman tiada berubah
Terus menulis puitis sebagai ganti serba salah
Agar pendirian ini tidak goyah
Agar jiwa ini terus berani melangkah
Menjadi seorang insan bergelar khalifah

Berpecah bukan ertinya berpisah
Mungkin kenangan diliputi sejarah
Di ulit senyuman kukuh dan tabah
Dan terus kita melangkah
Dan terus kita berlari mengejar arah
Mencari setiap cabaran yang susah
Agar kita kan mencipta sebuah sejarah


Terima kasih 226 dan semua yang berkongsi setiap detik dan ketikanya, semoga kenangan kita kan terus terukir di jiwa dan kita kan terus mengingati saat-saat bersama, walaupun bukan lagi didepan mata, walaupun sejauh mana kita berada, tika perkongsian itu janganlah dilupa.........

Tulus ikhlas dari SB @ Hafifi

No comments:

Post a Comment