Pages

Sunday, August 25, 2013

Fz ke Ninja

 Pakai Fz rileks selalu
Guna Ninja bukan kerna kuasa
Ku pulas bukan nak bagi laju
Cuma nak sampai selamat aja

Dari Fz bertukar kunci
Bukan kerna tidak puas hati
Cuma nak upgrade sikit CC
Dan saiz sama dengan diri

Ku suka Fz kerna jimat
Ku layan Ninja kerna minat
Apapun ku akan terus berhemat
Dalam memastikan diriku selamat


Cukup sebulan bersama Ninja
Performance cantik jimat juga
Sedap menunggang jangan dikata
Dalam mencari kelainan jentera

Kini Ninja yang beraksi
Ku harap tidak berubah hati
Maklum ajala dugaan dunia motor kini
Ianya datang bertukar ganti

Monday, August 12, 2013

Ramadhan yang pergi

Ramadhan yang pergi

Akhirnya ia pergi
Selepas sebulan menemani
Setiap siang hari
Dan juga pelbagai dugaan menguji

Ramadhan yang berlalu pergi
Pasti akan datang lagi
Tapi mampukah aku hidup untuk setahun lagi
Hanya Yang Esa mengetahui

Walau kini ianya pergi
Kenangan di malam hari tetap tiada ganti
Saat-saat istimewa yang sukar dicari
Saat bahagia yang pastinya tidak kan kembali

Ramadhan, bulan yang penuh bahagia
Bulan penuh keberkatan dari segala usaha
Bulan yang dinanti semua
Untuk berusaha mengumpul harta

Yang Esa, berkatilah Ramadhanku yang telah pergi
Terimalah segala usaha yang lahir dari hati
Ampunilah segala salah silap diri
Dan temukanlah aku dengan Ramadhan sekali lagi

Agar dapat ku perkasa diri
Agar dapat ku terus mencari
Untuk menambah bekalan ku nanti
Sebelum dijemput ke alam satu lagi...

Perjuanganmu



Perjuanganmu

Perjuangannya tidak berpenghujung
Namun di pentas dia sendirian
Dalam mencari erti menang
Mengharumkan nama negara di pentas perjuangan

Hari demi hari berlalu
Kudratnya dikerah demi negara
Dalam mengekalkan no. satu
Dan membawa pulang gelaran juara

Saat ini dia begitu utuh
Walau gagal bergelar juara
Namun disiplin yang tinggi dan tidak berubah
Buatkan dirinya dihormati semua

Dia tidak mengenal erti putus asa
Tidak pula dia berhenti berusaha
Walau sudah mula dimakan usia
Kegigihannya patut dicontohi semua

Melihatkan perjuangannya petang semalam
Memberi aku motivasi untuk terus berusaha
Walau keadaan itu cerah mahupun kelam
Berjuanglah demi negara tercinta

Aku akan terus dibelakang dirinya
Mungkin sehingga dirinya bersara
Kerna dia telah berjaya membuka mata
Kejayaan bukan penentu segala
Hanya usaha yang berterusan juga
Sikap yang tidak kenal erti kecewa
Adalah pemangkin segalanya
Untuk kita kekal berjuang bergelar juara...

Saturday, July 6, 2013

Sokonganku Terhadap Pejuanganmu



Kebangkitan dalam erti kata revolusi
Menaikkan semangat perjuangan hakiki
Memimpin dengan cara tersendiri
Membuatkan diri ini mengagumi

Perubahan dilakukan drastik sekali
Menaikkan Islam ditempat paling tinggi
Membuka pintu sempadan pada saudara sendiri
Agar tidak terus ditekan hingga ke bumi

Ianya seperti satu mimpi
Seorang pemimpin bernama Muhammad Mursi
"Mengatakan Al-Quran sebagai undang-undang" sejati
"Dan Rasul adalah pemimpin kami"

Sesuatu yang mungkin musuh takuti
Bila beliau mengangkat jihad sebagai jalan yang pasti
Dan mati fi sabilillah adalah cita-cita mulia dari hati
Dan di atas semua itu, keberkatan Allah yang dicari

Apabila pendirian pemimpin ini dipersetujui
Bergabung dengannya ulama dan ahli parti
Bagi sama-sama merealisasi
Apa yang semua ingini

Namun serangan musuh terbuka kini
Akhirnya terjadi pergulingan Muhammad Mursi
Penangkapan seramai mungkin ahli parti
Dengan pengkhianatan tentera terhadap revolusi ini

Dari jauh ku memerhati
Sokonganku terhadap pada pemimpin ini
Kerna dia telah pun terbukti
Membawa perubahan yang dijanji....

Apa Lagi Yang Ku Mampu

Apa lagi mampu ku kata
Andai dirimu belum bersedia
Tidak mungkin ku memaksa
Andai jiwa tidak menerima
Dikala hati belum terbuka

Apa lagi mampu ku luah
Walau lautan api ingin ku redah
Andai dirimu tidak disebelah
Semangat ini akan tenggelam dan patah
Membiarkan ku dalam gelisah

Apa lagi mampu ku impi
Selain dirimu menjadi permaisuri
Tiada yang mengetuk lagi
Diri ini terus dilanda sepi
Dan kenangan lalu membayangi

Apa lagi nak diucapkan
Tika masa tidak mengizinkan
Tika saat ini berlaku perubahan
Dalam erti kata perhubungan
Yang seperti sengaja dijarakkan

Tiada lagi mampu tulis
Tanpa disedari air mata menitis
Tiada hati yang terguris
Tiada jiwa yang menangis
Hanya kenangan tidak ditepis

Sunday, May 26, 2013

Lamunan Terhenti



Lamunan ini terhenti
Disapa oleh sinar mentari
Disaat masih ada dibuai mimpi
Diri ini hanya mengelamun lagi
Mencari erti kata tersembunyi

Lamunan ini tidak akan mati
Kerna disebaliknya tersirat perit diri
Tatkala terlukanya sanubari
Dikala jatuhnya jasad menyembah bumi
Membawa bersama hasrat hati

Lamunan ini datangnya tidak sendiri
Membawa kembali saat-saat dirindui
Dikala jiwa ini terasa sepi
Memerlukan belaian yang pasti
Dari insan yang mampu memahami

Lamunan ini cuba dilupai
Kerna hadirnya tidak direstui
Namun tiada yang mampu menghalang lagi
Jika minda masih mengingati
Akan saat indah bersama kekasih hati

Lamunan ini akhirnya terhenti
Dikala pintu hati diketuk lagi
Akan terbukakah pintu mahligai
Akan hadirkah seorang permaisuri
Dalam membahagiakan diri...


Saturday, May 25, 2013

Puisi Temanku

Aku cuba menulis semula
Tika diri ini tidak bermaya
Tika idea tidak lagi bersama
Namun karya adalah segalanya

Disini aku luahkan segala
Disini aku berkongsi dengan caraku jua
Mungkin ada yang rasa syok sendiri juga
Namun inilah cara yang teristimewa

Aku menulis tidak merancang
Apa yang ada terus ku karang
Dari ayat yang penuh jiwang
Hingga kisah dunia yang sedang berperang

Ada kata dalam hatiku ada taman
Ada bertanya bagaimana ku mengolah bukan karangan
Aku suka puisi sebagai teman
Ianya pendorong zaman berzaman

Dari tutur lidah lebih baik ku menulis
Kerna lidah tak bertulang ada yang terguris
Ku takut akan ada airmata menitis
Kerna sifatku yang selalu menghiris

Lalu ku akan teruskan juga
Walau dalam kesibukan kerja
Kerna bagiku ianya tempat istimewa
Yang tiada penggantinya

Untuk semua rakan dunia
Terimalah diri ini seadanya
Kerna aku insan biasa
Yang tetap punya cacat cela...