Thursday, October 1, 2015
Masa
Masa
Setiap detik berlalu
Setiap kali itu memikirkanmu
Adakah aku benar-benar mampu
Untuk cuba menghargaimu
Masa
Setiap saat ku cemburu
Tika kamu pergi tinggalkan aku
Kerna tidak sedar ianya berlalu
Dan aku terkulai layu
Masa
Diri ini semakin lesu
Tidak terdaya lagi mengejarmu
Tiada lagi tenaga dalam jiwaku
Untuk terus bersamamu
Masa
Dirimu terus menerus maju
Dan terima kasih kerna mendorongku
Namun kini aku lepaskanmu
Majulah kamu dan tidak perlu lagi menunggu
Masa
Rebahku ini bukan untuk bersatu
Dengan kegagalan yang telah menyeru
Aku berikrar kan kembali maju
Selepas luka itu membeku
Wednesday, September 16, 2015
16 September 1963 (52 tahun sudah berlalu)
52 tahun sudah berlalu
Tarikh keramat rakyat terdahulu
Hingga kini sudah terpaku
Pembentukan Malaysia yang satu
52 tahun telah bersama
Hadapi saat suka dan duka
Keluarnya Singapura pada 1965
Tanah Melayu dan Borneo tetap bersama
52 tahun ini tetap bererti
Bagi kami generasi kini
Walau ada yang iri hati
Dan cuba nyalakan api
52 tahun sungguh istimewa
Kita hidup berbilang bangsa dan agama
Dengan harmoni, aman sejahtera
Di tanah bertuah ini kita berkongsi bahagia
52 tahun kenangan lalu
Akan kami pertahankan untuk generasi baru
Walau ranjau di hadapan sangat berliku
Kami kan teguh tetap bersatu....
Friday, September 11, 2015
Sahabat
Sahabat
Walau kita jauh dari pandangan
Walau kita tidak lagi bertentangan
Dari jauh kita masih mendoakan
Agar hubungan ini berkekalan
Sahabat
Dalam bertemu ada perpisahan
Dalam ketawa ada jua sindiran
Namun kita tetap masih memerhatikan
Sebagai pelengkap dalam hidup kita seharian
Sahabat
Jatuh bangun adat kehidupan
Rebah bukan erti kekalahan
Kuatkan semangat perjuangan
Akan hadir jua sinar kejayaan
Sahabat
Ketahuilah kau tidak sendirian
Ketahuilah kau sentiasa punya teman
Aku akan ada disebalik setiap tomahan
Kerna kita pernah berkongsi setiap detik pengalaman
Sahabat
Tabahkan dirimu hadapi ujian
Kentalkan mindamu dengan cabaran
Moga dirimu beroleh apa yang diimpikan
Dan terima kasih atas kenangan
Friday, August 21, 2015
Perjuangan Hijau Kuning
Bergegar stadium dengan senada
Hasrat penyokong tetap sama
Penuh Bukit Jalil lautan utara
Bersama menanti sepak mula
Selangkah lagi kita juara
Hasrat untuk naik liga
Ayuh pemain gandakan usaha
Jatuh bangun tetap bersama
Malam ini menjadi saksi
Langkah liga super yang dinanti
Berjuanglah sejiwa murni
Moga usaha semua diberkati
Pulun Kedah Pulun slogan kita
Lang Merah adalah kekuatan kita
Walau rebah bangunlah semula
Mencari langkah mendakap piala
Kami menyokong sepanjang zaman
90minit medan peperangan
Untuk melihat detik-detik kemenangan
Yang diimpikan adalah kejayaan
Sepi
Sepi
Perasaan yang ku rasakan kini
Perasaan yang bergelora dalam diri
Seperti ia sedang bersembunyi
Dan dari jauh hanya memerhati
Sepi
Kehilangan itu ku rasai
Namun tidak tahu apa dicari
Apa yang ku nanti
Tapi hidup ini tidak sendiri
Sepi
Ku tidak mahu terus mencari
Ku tidak sanggup terus menanti
Kerna rasa ini tidak hilang dengan sendiri
Kerna jiwa ini tidak lagi mati
Sepi
Dengan masa yang pantas berlari
Meninggalkan setiap sudut duniawi
Dalam erti kata bersendiri
Melalui detik-detik akhir ini
Sepi
Apakah yang sedang ku nanti
Apa yang cuba ku cari
Kekosongan itu masih dalam diri
Membuak mencari rasa itu kembali
Sunday, June 21, 2015
Ramadhan Ini Datang Lagi
Ramadhan ini datang lagi
Sana sini mohon dimaafi
Atas salah silap sebelum ini
Kerna Ramadhan dirahmati
Kini sudah kembali
Ramadhan ini datang lagi
Ku bersyukur pada Illahi
Kerna pertemukan ku lagi
Dengan bulan bonus umat Islam duniawi
Bulan bekerja untuk disana nanti
Ramadhan ini datang lagi
Terima kasih Ya Illahi
Memanjangkan umurku ini
Untuk ku terus berbakti
Dan terus berusaha lagi
Ramadhan ini datang lagi
Akan ku cuba penuhi segala segi
Agar tidak ku punya rasa rugi
Kerna belum tentu ku bertemu Ramadhan lagi
Dan pastinya Ramadhan bulan yang terus dinanti
Ramadhan ini datang lagi
Ku pohon sejuta kemaafan pada yang mengenali
Atas setiap bicara, perilaku yang mencuit hati
Dan sikap menembak ku ini
Dengan peluru kosong memecahkan sunyi...
Monday, June 8, 2015
Perjuangan Kita
Akar umbi telah membuat pilihan
Yang dibahas perlu dilaksanakan
Tidak mahu pusingan "u" menjadi bualan
Sedangkan kita tegas dalam berpendirian
Desakan anasir luar tidak terhenti
Terus dihentam kanan dan kiri
Namun langkah kini perlu berani
Agar yang mendesak tersungkur dibumi
Golongan professional tidak dipinggirkan
Kepimpinan Ulama nadi perjuangan
Agar teras ini kukuh didirikan
Dalam memperjuang yang kita bicarakan
Isu ini sengaja dibesarkan
Agar mampu memecah-belah pegangan
Konon tidak dapat lagi sokongan
Dan kita tak mampu bertahan
Perlu diingat ketika dahulu
Perjuangan kita tidak juga sebulu
Namun kita tetap kukuh dan jitu
Kerna ketegasan kita dalam memacu
Dengan adanya saf kepimpinan baru
Diharapkan perjuangan ini kembali bersatu
Dengan hanya matlamat yang satu
Dan kita kekal dengan jayanya disitu.
Yang dibahas perlu dilaksanakan
Tidak mahu pusingan "u" menjadi bualan
Sedangkan kita tegas dalam berpendirian
Desakan anasir luar tidak terhenti
Terus dihentam kanan dan kiri
Namun langkah kini perlu berani
Agar yang mendesak tersungkur dibumi
Golongan professional tidak dipinggirkan
Kepimpinan Ulama nadi perjuangan
Agar teras ini kukuh didirikan
Dalam memperjuang yang kita bicarakan
Isu ini sengaja dibesarkan
Agar mampu memecah-belah pegangan
Konon tidak dapat lagi sokongan
Dan kita tak mampu bertahan
Perlu diingat ketika dahulu
Perjuangan kita tidak juga sebulu
Namun kita tetap kukuh dan jitu
Kerna ketegasan kita dalam memacu
Dengan adanya saf kepimpinan baru
Diharapkan perjuangan ini kembali bersatu
Dengan hanya matlamat yang satu
Dan kita kekal dengan jayanya disitu.
Subscribe to:
Posts (Atom)





