Ramadhan ini datang lagi
Sana sini mohon dimaafi
Atas salah silap sebelum ini
Kerna Ramadhan dirahmati
Kini sudah kembali
Ramadhan ini datang lagi
Ku bersyukur pada Illahi
Kerna pertemukan ku lagi
Dengan bulan bonus umat Islam duniawi
Bulan bekerja untuk disana nanti
Ramadhan ini datang lagi
Terima kasih Ya Illahi
Memanjangkan umurku ini
Untuk ku terus berbakti
Dan terus berusaha lagi
Ramadhan ini datang lagi
Akan ku cuba penuhi segala segi
Agar tidak ku punya rasa rugi
Kerna belum tentu ku bertemu Ramadhan lagi
Dan pastinya Ramadhan bulan yang terus dinanti
Ramadhan ini datang lagi
Ku pohon sejuta kemaafan pada yang mengenali
Atas setiap bicara, perilaku yang mencuit hati
Dan sikap menembak ku ini
Dengan peluru kosong memecahkan sunyi...
Akar umbi telah membuat pilihan
Yang dibahas perlu dilaksanakan
Tidak mahu pusingan "u" menjadi bualan
Sedangkan kita tegas dalam berpendirian
Desakan anasir luar tidak terhenti
Terus dihentam kanan dan kiri
Namun langkah kini perlu berani
Agar yang mendesak tersungkur dibumi
Golongan professional tidak dipinggirkan
Kepimpinan Ulama nadi perjuangan
Agar teras ini kukuh didirikan
Dalam memperjuang yang kita bicarakan
Isu ini sengaja dibesarkan
Agar mampu memecah-belah pegangan
Konon tidak dapat lagi sokongan
Dan kita tak mampu bertahan
Perlu diingat ketika dahulu
Perjuangan kita tidak juga sebulu
Namun kita tetap kukuh dan jitu
Kerna ketegasan kita dalam memacu
Dengan adanya saf kepimpinan baru
Diharapkan perjuangan ini kembali bersatu
Dengan hanya matlamat yang satu
Dan kita kekal dengan jayanya disitu.
Guruku
Terima kasih atas segala ilmu
Maaf kerna terpaksa bersabar dengan sikapku
Dalam mendidik dan mengajarku
Erti pendidikan dan dunia baru
Guruku
Tiada harta mampu mengatasi ilmu
Tiada cara mampu mengatasi ketabahanmu
Hanya ungkapan halalkan segala ilmu
Yang telah diberi pada anak didikmu
Guruku
Kau sentiasa ada tika ku perlu
Kau sentiasa sabar dengan telatahku
Terima kasih untuk sinar itu
Yang tidak putus menyinari dunia gelapku
Guruku
Walau dimana jua beradanya aku
Walau apa juga bidang kerjaku
Tidak mampu aku berdiri disini jika bukan kernamu
Jika bukan kerna didikan kamu
Guruku
Terima kasih untuk itu
Terima kasih untuk jasamu
Akan ku gunakan ilmu ini sepanjang hayatku
Agar tidak mengecewakan kamu
Guruku
Hanya ungkapan terima kasih hadiah dariku
Buat semua guru yang datang dalam hidupku
Ku mohon maafkan segala kenakalanku dulu
Dan terima kasih mendidik dan mengajarku ilmu
Buat semua guru/pensyarahku di Malaysia am nya dan di :-
1. Sek Keb Langgar
2. Sek Keb Telaga Mas
3. Sek Men Keb Jabi
4. UiTM Sabah
5. UiTM Kedah
6. Niosh, Bangi
Rohingya
Kisah duka pembunuhan disana
Cuba ditutupi mata dunia
Agar tiada yang mengetahuinya
Dan tiada tindakan juga
Rohingya
Kisah minoriti satu agama
Terus nyawa dibunuh tiada harga
Dimana bangsa-bangsa bersatu dunia
Di mana suara mengecam pembunuhnya
Rohingya
Minoriti ini perlukan sokongan kita
Untuk teruskan kehidupan mereka
Tapi di mana kita
Di mana tindakan kita untuk menyelamatkan mereka
Rohingya
Minoriti ini terpaksa berada dilaut sana
Berbulan lama tanpa kelengkapan makan dan minum jua
Kerna di bumi mereka, kan dibunuhlah jawabnya
Lalu lautan luas menjadi rumah dan kubur dunia
Rohingya
Ikatan kita bersaudara
Kerna berkongsi satu agama
Namun maafkan aku yang hanya mampu untuk berdoa
Agar kalian diselamatkan dunia
Desas desus ingin bersatu,
Mereka bilang sudah sampai waktu,
Akan tiba kah saat itu,
Bersatunya kau dan aku.
Dari akar umbi mula bersuara,
Ditiup serentak pelbagai irama,
Dengan bersatu sebagai cogan kata,
Dicanang seluruh pelusuk negara.
Bermula dari media massa,
Riuh rendah di alam maya,
Tidak ketinggalan di warung juga,
Semua ingin berkongsi cerita.
Hadir dia bertanya padaku,
Benarkah sudah tibanya waktu?
Mampukah ia menjadi satu?
Bolehkah kau dan aku bersatu?
Alhamdulillah jika tiba waktu,
Bukan masalah jika bersatu,
Ianya impian bukan sekadar kau dan aku,
Namun lebih ramai pada itu.
Perbezaan kau dan aku tidaklah ketara,
Hanya laungan ideologi berbeza,
Namun tiada sengketa antara kita,
Kerana matlamatnya adalah sama.
Ku hanya fikirkan dalam mindaku,
Jika ditakdir kau dan aku bersatu,
Siapakah yang menjadi peneraju?
Dan kemana hala tuju?
Jadi ku biarkan pertanyaan ku disini,
Kerana masing-masing punya jawapan sendiri,
Ku hanya ingin kita hidup harmoni,
Dalam meniti hari-hari mendatang nanti....
Seperti ada yang tak kena
Seperti ada yang hilang ntah ke mana
Tika saat waktu menjelma
Hadirnya kau dalam minda
Aku lihat akan perubahan
Aku mengerti akan kerinduan
Namun mana mungkin aku lupakan
Waktu kali pertama kita berkenalan
Kau hadirkan dengan watak selamba
Dengan cara dan tingkah laku gila-gila
Aku tersenyum memikirkannya
Kerna saat itu amatlah bermakna
Jelingan, senyuman juga nada suara
Tika itu menjadi igauan dan gurauan sahaja
Lalu langkah kita bermula
Untuk lebih mengenali jua
Tak ku sangka kau berubah cara
Dari yang gila-gila kepada ayu pula
Namun ku terima kau seadanya
Kerana cara kau sangat berbeza
Tapi yang lama tetap buatku ketawa
Kau yang kini buatku gembira
Diri kau tidaklah perubahan yang nyata
Kerna ku percaya berubah untuk kebaikan bersama
Andai kambing mampu melompat
Katak pula memakai pelikat
Ingin ku cuba untuk memikat
Namun itu sudah terlambat
Andai tikus mampu berdiri
Rama-ram cuba berlari
Mungkin itu bukan rezeki
Untuk dirimu ku jadikan isteri
Tika ular sedang menari
Masuk lembu ke kandang biri
Kisah kita tak mungkin dilupai
Akan terus tersemat di memori
Lalu kerbau melintas jalan
Berhenti gajah memberi laluan
Tidak pernah ku rasa kehilangan
Kerna ku hidup dengan kenangan
Jatuhnya singa di padang bola
Melihat kenari bermain mata
Ku masih punya teman setia
Yang berkongsi suka dan duka
Tertembak harimau oleh pemburu
Berhenti tupai menghisap candu
Tipulah jika aku tidak rindu
Namun itu semua pengalaman lalu
Duduk keldai diatas riba
Kijang berlari keliling dunia
Hadirmu kini membawa ceria
Mengubati jiwa yang dulunya terluka
Terloncat harimau dalam lena
Mengejut beruk di atas sana
Ku berdoa agar hubungan ini kekal selamanya
Dan kita akan bahagia bersama
_______________________________