Pages

Thursday, February 7, 2019

Merenung Di Luar Jendela

merenung di luar jendela,
cuba mendekati setiap sudut dijiwa,
memerhati pelbagai cara,
ragam manusia bergembira,
dalam senyuman bahagia....

merenung di luar jendela,
melihat kanak—kanak berlari ke sini sana,
terfikir ku nanti masa depan mereka,
sedangkan kini ramai yang derita,
meniti perit kehidupan semasa...

merenung ku di luar jendela,
sedang diri hanya mampu berdoa,
agar kepayahan hidup ini hanya sementara,
agar sengsara ini kan hilang sekelip mata,
dan anak—anak ini tidak merasainya...

merenung ku diluar jendela,
kerana duit pegangan dunia,
bukan bersandar pada ilmu sahaja,
tapi wang lebih berkuasa,
mampu meracun hampir semua minda,
dan telah ramai tersungkur dengannya...

merenung ku di luar jendela,
kecewa dengan situasi semasa,
berapa ramai rintihan didengar mereka,
berapa banyak peranan dimainkan media massa,
sedangkan masih ramai yang menderita..

No comments:

Post a Comment