Pages

Tuesday, April 18, 2017

Pintu Rezeki

Aku percaya setiap kali memberi, 
Aku juga akan menerima,
Apa yang dikatakan rezeki,
Fizikalnya tidak lah sama...

Aku juga mula memberi,
Bukannya kerna aku telah kaya,
Tapi percaya rezeki itu harus dikongsi,
Agar ada keberkatan didalamnya...

Memang sukar untuk dijadikan amalan,
Tambah dengan keadaan ekonomi sekarang,
Namun ianya cuma sekadar alasan,
Untuk kita tidak membantu orang...

Rezeki itu datang pelbagai cara,
Anak, harta, kesihatan dan kerjaya,
Belum masuk tambahan isteri2 juga,
Semua itu rezeki dunia...

Percaya akan pintu rezeki sendiri,
Percaya dengan apa yang dlakukan kini,
Jangan menyesal kerana memberi,
Tapi sesali lah kerna tidak mulai...😁

No comments:

Post a Comment