Pages

Wednesday, November 11, 2015

Disini Aku

Disini aku menyendiri
Menempuh onak ranjau berduri
Dalam keadaan yang tak pasti
Dengan apa yang terjadi
Pada semua atas duniawi

Disini aku cuba menyepi
Melihat dari tirai yang tersembunyi
Kekejaman yang silih berganti
Pembunuhan di sana sini
Dan ianya seperti tiada henti

Disini aku hanya mampu memerhati
Sedangkan saudara-saudaraku terus pergi
Satu demi satu jasad itu tersungkur layu ke bumi
Kerana cuba mempertahankan diri
Kerana cuba memperjuangkan hak ibu pertiwi

Disini aku hanya mampu meluahkan rasa hati
Kecewa dan sedih dengan apa yang terjadi
Namun hanya doa dariku mampu mengiringi
Perjuangan saudara-saudaraku membebaskan diri
Dari kecaman yang sekian lama terus menghantui

No comments:

Post a Comment