Pages

Saturday, March 23, 2013

Satu Perasaan

Diri ini sedikit terkilan
Pabila pertanyaan dibalas serangan
Tika persoalan menantikan jawapan
Untuk membutirkan sedikit harapan

Waktu ini timbul satu persoalan
Kenapa terjadi sedemikian
Sedangkan aku hanya melontarkan satu soalan
Tidak bolehkah dijawab penuh kejujuran

Ku tidak mencari sempurnanya insan
Kerna diri ini juga punya kekurangan
Ku tidak mencari sejuta kebaikan
Hanya ikhlas dan jujur dalam persahabatan

Sedang ini yang ku rasakan
Tidak ku ketahui bagaimana dengan impian
Mungkin sudah musnah dilanda taufan
Atau masih ada lagi tempat untuk perlindungan

Bukan ingin aku memanjang karangan
Namun ianya perlu tempat untuk dilontarkan
Ku tidak mahu hadirnya tangisan
Mahupun melahirkan dendam dalam perasaan

Ku akan tetap menunggu jawapan
Walaupun tahun berlalu berganti zaman
Persahabatan terbina bukan kekejaman
Ia dibina atas dasar persefahaman

Lalu ku biarkan diri mu kini sendirian
Tidak ku cuba membuat pujuk rayuan
Kerna tidak mungkin ku berjanji langit dan bulan
Kerna ku beri masa untuk dirimu ikhtiarkan
Dan aku menanti dan bersedia dengan apa jua jawapan

No comments:

Post a Comment